|
| Majlis Perbandaran Seremban
| ||
|
| TUKAR NAMA PEMILIK PUSAKA |
Notis melalui Borang J hendaklah dihantar ke Pejabat Majlis Perbandaran Seremban dalam tempoh 3 bulan dari tarikh jualan atau pindahmilik harta terlibat oleh penjual dan pembeli.
Tindakan ini penting bagi mempastikan daftar nama dan alamat pemilik harta sentiasa kemaskini supaya bil tuntutan dapat dihantar kepada pemilik dengan berkesan dan tepat.
Prosedur & Syarat
Lengkapkan Borang J.
Sertakan maklumat / dokumen sokongan yang diperlukan.
Hantarkan kepada:-
Jabatan Penilaian Dan Hartanah
Majlis Perbandaran Seremban
Tingkat 5, Seremban Parade
Jalan Dato` Bandar Tunggal
70000 SEREMBAN
Dokumen Sokongan
Salinan dokumen hakmilik tanah (Geran Tanah)
Salinan dokumen / surat Perintah Pembahagian Pesaka atau Amanah Raya Berhad.
Salinan sijil kematian
Salinan kad pengenalan penerima waris harta pesaka.
Borang
- Borang J Notis
-
Untuk membaca fail kepilan, memerlukan perisian Acrobat Reader. Sila muat turun Acrobat Reader dari http://www.adobe.com bagi yang tidak mempunyai perisian berkenaan.
- Capaian Online
Tip: Sila simpan (save) semua fail - fail berikut ke local drive bagi capaian yang lebih cepat secara offline.
- Lihat Soalan Lazim
Sebarang masalah sila hubungi :
Majlis Perbandaran Seremban
Tingkat 5, Seremban Parade
Jalan Dato` Bandar Tunggal
70000 SEREMBAN
Tel : 06-7623998















