Program tanam pokok adalah salah satu cara untuk mengurangkan kadar karbon dioksida di udara . Banyak bandar di negara luar telah mengamalkan pengurangan pengedaran karbon di atmosfera contohnya bangunan yang mengunakan kuasa solar matahari dan juga angin. Pengunaan barang-barang yang dikitar semula, dan pengangkutan awam yang tidak mengunakan minyak dan sebagainya. Tujuan bandar bandar tersebut berbuat demikian ialah di atas berbagai fakta seperti berikut: Penukaran Iklim Iklim bumi buat masa ini telah banyak bertukar dalam kadar yang cepat lagi signifikan. Satu benda yang terang dan nyata adalah tindakan manusia yang mencetuskan penukaran ini. Kita di beri peluang untuk membuat perubahan bagi mengawal dan bertindak terhadap fenomena ini. Kebelakangan ini kita telah merasa iklim suhu panas yang mencecah rekod, banjir di merata tempat di negara ini, kemarau, kebakaran dan jerebu. Para saintis iklim memberitahu peristiwa seperti ini adalah konsisten dengan penghangatan dunia. Pembangunan Mampan Dengan penambahan penduduk dunia begitu juga dengan penempatan kita. Kita mesti mencari jalan untuk terus hidup harmoni dengan alam semula jadi serta ketandusan sumber. Tindakan perlu di ambil untuk mengalakkan pembanguan mesra alam, pertanian organik dan kaedah persekitaran yang bertanggungjawab. Penanaman pokok untuk pemeliharan spesis dan kepelbagaian bio Shorea kuantanensis sudah tiada lagi. Yang tinggal hanya daun-daun kering , contohnya pucuk di lekatkan di atas kad dan di simpan dalam satu dari beribu kotak yang di failkan di Kepong Herbarium yang di kendalikan oleh Forest Reseaerch Institute of Malaysia (FRIM). Kita tidak mengetahui bagaimana rupa bentuk atau warna kehijauan daunnya mahupun warna bunganya. Kita hanya boleh meneka. Spesis ini telah pupus setelah kawasan yang ia tumbuh di hutan simpan Bukit Goh, Kuantan, Pahang di bersihkan untuk tanaman kelapa sawit. Dengan separuh daripada hutan asli Semenanjung Malaysia di tukar kepada bandar, kawasan kilang, ladang dan estet, kewujudan flora asli liar berada dalam keadaan terancam. Buat masa ini, tanaman pokok tidak di lindungi. Hanya tumbuhan yang tumbuh di kawasan pemuliharaan seperti di taman negara atau di hutan simpan sahaja yang di jaga. Akta Perancang Bandar 1976 (Akta 172) Pindaan A933 memperuntukkan PBT untuk menjaga dan memelihara pokok dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. PBT boleh mengeluarkan perintah untuk mengawal penebangan pokok yang terancam dan mempunyai nilai tertentu. |