KAWALAN BANGUNAN
 
Objektif     Fungsi Jabatan :- 
 
  • Menerima dan memproses permohonan untuk membina bangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran berpandukan Akta, Undang-undang Kecil dan Polisi sedia ada.
     
  • Memantau pembinaan projek bangunan awam, swasta atau individu dan mengeluarkan notis untuk pematuhan peraturan bangunan.
     

  • Bertanggungjawab bagi pengeluaran permit-permit dan pengeluaran Sijil Layak Menduduki Bangunan dalam Majlis.
     

  • Bertanggungjawab mengeluarkan permit untuk kerja-kerja kecil seperti kerja pembaikian dan pembinaan struktur kecil seperti awning.
     

  • Menyediakan data projek perumahan, komersial dan industry apabila diminta oleh Kementerian dan jabatan berkaitan seperti Bank Negara, NAPIC dan kerajaan negeri bagi tujuan pengkajian.
     

  • Menerima dan menyelesaikan aduan awam.
     

  • Melaksanakan kerja perobohan bagi bangunan yang dibina tanpa kebenaran Majlis Perbandaran

 
  • Kawalan Pembangunan (Memproses pelan bangunan dan mengeluarkan Sijil Layak Diduduki).
     
  • Penguatkuasaan (mengambil tindakan terhadap bangunan tanpa kebenaran seperti mengeluarkan notis, kompaun dan tindakan undang-undang terhadap pemilik bangunan).