PROGRAM HOKI KANAK-KANAK
 

 Memandangkan kemerosotan prestasi Hoki samada diperingkat Negeri mahupun diperingkat Negara, Persatuan Hoki Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban telah bersetuju mengujudkan program Hoki kanak-kanak (Kids Hockey). Program ini bertujuan mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dan pelapis disamping memupuk minat kanak-kanak kepada sukan hoki.

Program dijalankan di Padang Hoki Seremban 2. Masa latihan bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Jurulatih yang bertauliah dijemput untuk melatih kanak-kanak ini mengikut 3 bahagian peringkat umur :-

 
i  Kumpulan I  Pra Sekolah (umur 6 tahun ke bawah)
ii  Kumpulan II  Darjah 1 hingga 3 (umur 7-9 tahun)
iii  Kumpulan III  Darjah 4 hingga 6 (umur 10-12 tahun)
 
 Peralatan seperti kayu dan bola hoki serta minuman pagi disediakan oleh pihak penganjur. Program ini telah dimulakan pada 2 November 2008 (Ahad) di Padang Hoki Seremban 2.Kepada ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka berlatih, dijemput datang sendiri di Stadium Hoki Seremban 2 jam 8.00 pagi setiap hari Ahad.
 
Program Hoki Kanak-kanak   Program Hoki Kanak-kanak Program Hoki Kanak-kanak
       
Program Hoki Kanak-kanak   Program Hoki Kanak-kanak Program Hoki Kanak-kanak
       
Program Hoki Kanak-kanak   Program Hoki Kanak-kanak Program Hoki Kanak-kanak
       
   

<<Kembali