MENU
 
Portal Kempen Penanaman Pokok Kebangsaan, Malaysia
 
Tujuan dan Konsep  

Program tanam pokok adalah salah satu cara untuk mengurangkan kadar karbon dioksida di udara . Banyak bandar di negara luar telah mengamalkan pengurangan pengedaran karbon di atmosfera contohnya bangunan yang mengunakan kuasa solar matahari dan juga angin. Pengunaan barang-barang yang dikitar semula, dan pengangkutan awam yang tidak mengunakan minyak dan sebagainya. Tujuan bandar bandar tersebut berbuat demikian ialah di atas berbagai fakta seperti berikut:

Program Tanam Pokok
   
Penukaran Iklim  

Iklim bumi buat masa ini telah banyak bertukar dalam kadar yang cepat lagi signifikan. Satu benda yang terang dan nyata adalah tindakan manusia yang mencetuskan penukaran ini. Kita di beri peluang untuk membuat perubahan bagi mengawal dan bertindak terhadap fenomena ini. Kebelakangan ini kita telah merasa iklim suhu panas yang mencecah rekod, banjir di merata tempat di negara ini, kemarau, kebakaran dan jerebu. Para saintis iklim memberitahu peristiwa seperti ini adalah konsisten dengan penghangatan dunia.

Program Tanam Pokok
   
Pembangunan Mampan  

Dengan penambahan penduduk dunia begitu juga dengan penempatan kita. Kita mesti mencari jalan untuk terus hidup harmoni dengan alam semula jadi serta ketandusan sumber. Tindakan perlu di ambil untuk mengalakkan pembanguan mesra alam, pertanian organik dan kaedah persekitaran yang bertanggungjawab.

Program Tanam Pokok
   
Penanaman pokok untuk pemeliharan spesis dan kepelbagaian bio  

Shorea kuantanensis sudah tiada lagi. Yang tinggal hanya daun-daun kering , contohnya pucuk di lekatkan di atas kad dan di simpan dalam satu dari beribu kotak yang di failkan di Kepong Herbarium yang di kendalikan oleh Forest Reseaerch Institute of Malaysia (FRIM). Kita tidak mengetahui bagaimana rupa bentuk atau warna kehijauan daunnya mahupun warna bunganya. Kita hanya boleh meneka. Spesis ini telah pupus setelah kawasan yang ia tumbuh di hutan simpan Bukit Goh, Kuantan, Pahang di bersihkan untuk tanaman kelapa sawit.

Dengan separuh daripada hutan asli Semenanjung Malaysia di tukar kepada bandar, kawasan kilang, ladang dan estet, kewujudan flora asli liar berada dalam keadaan terancam.

Buat masa ini, tanaman pokok tidak di lindungi. Hanya tumbuhan yang tumbuh di kawasan pemuliharaan seperti di taman negara atau di hutan simpan sahaja yang di jaga.

Akta Perancang Bandar 1976 (Akta 172) Pindaan A933 memperuntukkan PBT untuk menjaga dan memelihara pokok dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. PBT boleh mengeluarkan perintah untuk mengawal penebangan pokok yang terancam dan mempunyai nilai tertentu.

Program Tanam Pokok
Program Tanam Pokok
   
  PROGRAM PENANAMAN POKOK
 
 
Program Tanam Pokok
 

Spesis tanaman yang dalam keadaan terancam dan kritikal hendaklah di daftarkan di dalam satu akta dan di lindungi secara automatik. Dengan adanya undang-undang yang sah, pemaju atau tuan tanah di kehendaki melindungi spesis-spesis yang dalam keadaan merbahaya. Pada masa ini perlindungan hanya mengharapkan jasa baik pemaju atau tuan tanah. Sejarah telah menunjukkan, dengan memberi pendidikan kepada pelajar dan orang awam mengenai sumber dan penyelesaian boleh melahirkan planet yang sihat dan mampan.

 
Pembangunan dan Pengeluaran Pancaran Karbon di Udara

Penukaran gunatanah adalah satu daripada penyumbang yang unggul kepada penyebaran gas "greenhouse"(karbon dioxida, methane, ozone, air). Pembalakan dari negara membangun telah meningkat dalam 50 tahun kebelakangan ini dan merupakan satu per lima daripada pengeluaran karbon dioksida yang di taja manusia.

 

Mengikut FAO(2005), pembalakan, terutama tukar syarat daripada hutan kepada tanah pertanian, bergerak ke kadar 13 juta hektar setahun. Pembalakan akan mengeluarkan karbon dioksida tersimpan dalam pokok terutama apabila kayu di bakar dan juga sisa pengeluaran akibat dari kereputan bahan organik. IPCC menyatakan, mengurangkan atau mencegah pembalakan adalah pilihan mitigasi yang besar terhadap impak stok karbon pada masa yang terdekat per hektar setahun dalam dunia untuk mencegah pancaran karbon di udara.

 
Program Tanam Pokok
 
Rujukan
  1. Low Carbon Society (LCS) in Malaysia: Devt of Low Carbon Scenarios in the Asian Region - Prof Ho Chin Siong (utm), Dr Kei Gomi (Kyoto Uni ,Japan)
  2. Protecting native flora and fauna –Tan Cheng Li,The Star ,Nov 23 20101
  3. Low Carbon City 2025 – Sustainable Iskandar Malaysia; Vice Chancellor Council & Japan Society of Science The Planning of Urban Energy and Environmental Systems(Group vii)
  4. Greehouse Gases – Wikipedia.org.com
  5. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia – Akta Perancang Bandar 172 pindaan A933
 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 9:54am