MENU

Pemilik bangunan perlu membuat permohonan secara rasmi untuk mendapatkan remisi (potongan cukai) keatas bangunan mereka pada masa bangunan tersebut kosong dan tidak diduduki.

Permohonan tersebut perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh kekosongan berlaku. Jika tidak tarikh kuatkuasa adalah pada tarikh pihak Majlis menerima surat permohonan tersebut.

Syarat - Syarat Permohonan Bagi Format A, B, C dan D (Klik disini)

Prosedur & Syarat   

  • Hantar surat permohonan rasmi untuk mendapatkan remisi (potongan cukai) keatas bangunan yang kosong dan tidak diduduki sebagaimana yang diperuntukan dibawah seksyen 162 (2) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Mematuhi peraturan dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dibawah seksyen 162 (3) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Membuat tuntutan pembayaran remisi dalam tempoh 1 bulan selepas tamat penggal taksiran yang dituntut remisi. Penggal Pertama Taksiran : 1 Januari hingga 30 Jun Penggal Kedua Taksiran : 1 Julai hingga 31 Disember
  • Tuntutan yang dikemukakan melewati tarikh 31 Julai bagi penggal pertama taksiran dan 31 Januari bagi penggal kedua taksiran akan dibatalkan.
  • Surat permohonan rasmi untuk mendapatkan remisi dan surat membuat tuntutan pembayaran remisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

    Jabatan Penilaian Dan Hartanah
    Tingkat 1
    Majlis Perbandaran Seremban
    Wisma Bandar Raya
    Lot 24392, Persiaran Forest Heights 1
    Jalan Seremban Tampin
    70450 SEREMBAN

Dokumen Sokongan

  • Surat perlantikan ejen hartanah (jika ada)
  • Keratan iklan melalui akhbar (jika ada).
  • Gambar bangunan terlibat (yang menunjukan iklan untuk disewa atau sedang diubahsuai).
  • Salinan bil cukai taksiran semasa.
  • Borang Permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran (Remisi)
  • Untuk membaca fail kepilan, memerlukan perisian Acrobat Reader. Sila muat turun Acrobat Reader dari bagi yang tidak mempunyai perisian berkenaan.
  • Surat akuan terima akan dibalas dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan surat.

 

Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Penilaian Dan Hartanah
Tingkat 1
Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Bandar Raya
Lot 24392, Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN
Tel : 06-7654333

Kemaskini Terakhir: Isnin, 19 Ogos 2019 - 3:08pm