MENU
   
  Majlis Perbandaran Seremban telah membangunkan aplikasi terbaru berasaskan Perkhidmatan Pesanan Ringkas untuk kemudahan masyarakat mendapatkan maklumat berhubung Cukai Taksiran dan Kompaun Letak Kereta disamping membuat aduan dan menyemak status aduan iaitu mySMS yang turut dikenali sebagai GERBANG SMS KERAJAAN.

Sistem ini merupakan satu sistem interaktif dalam talian yang disediakan khusus untuk dicapai oleh pelanggan MPS dari mana-mana dan pada bila-bila masa (24 jam / 365 hari). Penyediaan sistem ini selaras dengan dasar kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3 Tahun 2008 yang berkehendakkan Agensi Kerajaan menyediakan Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang mudah dicapai rakyat melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas.

Talian aduan SMS yang digunapakai oleh MPS sebelum ini iaitu 019-6550160 akan digantikan mulai 01 April 2011 dengan sistem mySMS untuk memudahkan warga Seremban mendapatkan maklumat perkhidmatan MPS dengan kos yang minimum melalui satu nombor tunggal iaitu 15888.

Penambahbaikan yang dilaksanakan melalui mySMS boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu PERMOHONAN MAKLUMAT (INFORMATION ON DEMAND) dan PERMOHONAN BORANG (DOCUMENT ON DEMAND). Langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk menggunapakai kemudahan ini amat mudah, ringkas dan pantas seperti berikut :

PERMOHONAN MAKLUMAT (INFORMATION ON DEMAND)

BIL PERKHIDMATAN LANGKAH
1 Lapor Aduan Taip MPSNS ADUAN<jarak> Nyatakan Aduan Anda Dan SMS Ke 15888
2 Semakan Aduan Taip MPSNS SEMAK <jarak> Nyatakan No. Aduan/No. KP Dan SMS Ke 15888
3 Semakan Cukai Taksiran Taip MPSNS CUKAI<jarak> Nyatakan No. Akaun/No. KP Dan SMS Ke 15888
4 Semakan Kompaun Letak Kereta Taip MPSNS KOMPAUN<jarak> Nyatakan No. Daftar Kenderaan/No. KP/No. Kompaun/No. Syarikat Dan SMS Ke 15888

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat-maklumat MPS melalui penggunaan No. Kad Pengenalan perlu memastikan No. Kad Pengenalan ada didaftarkan / tersenarai pada maklumat Cukai Taksiran atau semasa pelanggan membuat Aduan.

PERMOHONAN BORANG (DOCUMENT ON DEMAND)
Aplikasi ini khusus bagi pelanggan-pelanggan Majlis Perbandaran Seremban memuat turun borang-borang yang diperlukan untuk pelbagai urusan rasmi dengan MPS. Pelanggan tidak perlu lagi untuk hadir ke pejabat MPS semata-mata untuk mendapatkan borang sebaliknya hanya perlu memuat turun ke e-mel masing-masing dengan pantas dan mudah serta boleh terus digunakan.

BIL PERKHIDMATAN LANGKAH
1 SMS Mohon Muat Turun Borang Ke e-Mel Taip MPSNS BORANG1<jarak> Nyatakan Alamat e-Mel Dan SMS Ke 15888

Keseluruhannya terdapat 36 pelbagai jenis borang disenaraikan seperti di bawah yang boleh dimuat turun :

BIL NAMA BORANG KOD BORANG
1 Borang Permohonan Sewa Dewan BORANG 1
2 Borang Permohonan Lesen Iklan ./ Papan Tanda Kelas A, B, C BORANG 2
3 Borang Permohonan Tukar Nama Pemilik BORANG 3
4 Borang Permohonan Tukar Alamat Pemilik BORANG 4
5 Borang I, Notis Jualan Atau Pindah Milik BORANG 5
6 Borang J, Notis BORANG 6
7 Borang Permohonan Tuntutan Pulangan Balik BORANG 7
8 Senarai Butiran Pemohon Dan Perunding BORANG 8
9 Senarai Semak Permohonan Pelan Lanskap /
Borang Semak Permohonan Kebenaran Merancang
BORANG 9
10 Senarai Semak Permohonan Pelan Bangunan BORANG 10
11 Borang Semakan Permohonan Pelan Kerja Tanah BORANG 11
12 Borang Semakan Permohonan Pelan Lampu Jalan BORANG 12
13 Borang Semakan Permohonan Pelan Nama Taman, Jalan Dan No. Rumah BORANG 13
14 Borang Semakan Permohonan Kebenaran Merancang BORANG 14
15 Borang Permohonan Pelan Infrastruktur (Borang Maklumat GIS) BORANG 15
16 Borang Tatacara Senarai Semak OSC Bagi Permohonan Pelan Bangunan BORANG 16
17 Borang Permohonan Kelulusan Pelan-Pelan Bangunan (Borang JBG KB 1/85A) BORANG 17
18 Borang Permohonan Kelulusan Pelan-Pelan Bangunan (Borang JBG KB 1/85A) BORANG 18
19 Borang Permohonan Permit Memulakan Pembinaan Kecil [Awning] (Borang JBG KB – 1/96A) BORANG 19
20 Borang Permohonan Permit Kerja-Kerja Kecil (Borang JBG KB – 1/96A) BORANG 20
21 Senarai Semak Proses Pengeluaran CCC BORANG 21
22 Borang A : Perakuan Pelan-Pelan Bangunan / Struktur BORANG 22
23 Borang B : Notis Memulakan / Penyambungan Semula Kerja Bangunan BORANG 23
24 Borang F : Perakuan Siap Dan Pematuhan BORANG 24
25 Borang F1 : Perakuan Siap Pematuhan Sebahagian BORANG 25
26 Borang G1 – G2 : Perakuan Berperingkat BORANG 26
27 Borang Pendaftaran Kontraktor BORANG 27
28 Borang Tempahan Gelanggan Basikal, Pasu Bunga Dan Taman Malaysia BORANG 28
29 Borang Permohonan Penggunaan Kompleks Sukan, Stadium, Padang Dan Padang Hoki Seremban 2 BORANG 29
30 Borang Permohonan Lesen Anjing BORANG 30
31 Borang Komposit Bagi Permohonan Lesen BORANG 31
32 Borang Permohonan Lesen Penjaja / Pasar / Penjaja Statik BORANG 32
33 Borang Permohonan Lesen Tempat Hiburan BORANG 33
34 Borang Permohonan Lesen Hiburan / Permit Sementara Pertunjukan Pentas / Sarkis / Tari-Menari / Karaoke BORANG 34
35 Borang Permohonan Lesen Billboard / Papan Tanda / Unipole BORANG 35
36 Borang Permohonan Permit Sementara BORANG 36

Borang-borang yang dimuat turun melalui mySMS adalah sama sepertimana borang yang dimuat turun melalui Laman Web Rasmi MPS.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 Disember 2017 - 12:47am