MENU
LATAR BELAKANG

Tabung Penyenggaraan 1 Malaysia (TP1M) merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dimana majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 31 Januari 2010.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah mengambil alih perlaksanaan Program TP-1M secara keseluruhannya berikutan perpindahan fungsi Kesejahteraan Bandar daripada Kementerian Wilayah Persekutuan ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa 16 Mei 2013.

Program ini adalah khusus untuk penyenggaraan harta bersama skim perumahan berstrata Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah Swasta di Bandar Utama seluruh Malaysia.

KONSEP PEMBIAYAAN

Berbentuk Geran Sepadan iaitu :-

JENIS
 TANGGUNGAN KOS
TP1M Perbadanan Pengurusan (MC) / Badan Pengurusan Bersama (JMB)
PERUMAHAN KOS RENDAH 90% 10%
PERUMAHAN KOS SEDERHANA 70%
30%

Sebarang pertanyaan dan Permohonan TP1M boleh berhubung dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di talian 06-7667645.