MENU

Bagi manangani wabak denggi, MPS melaksanakan tindakan-tindakan berikut:-

  1. Menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah-rumah dan tanah kosong terutama dalam radius 200m kawasan wabak bagi membantu mengawal wabak denggi dalam kawasan MPS.
  2. Menyediakan 1 pasukan bagi membantu dan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dalam :-

    i. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memusnahkan tempat pembiakan aedes (source reduction).
    ii. Kerja-kerja fogging di lokasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  3. Memantau kebersihan ‘Monsoon drain’, longkang awam yang dijalankan oleh SWCorp dan SWME.
  4. Memantau dan memaklumkan untuk tindakan penyelenggaraan kolam-kolam takungan milik Jabatan Pengairan & Saliran (JPS).
  5. Memantau kerja-kerja pemotongan rumput, pungutan sampah oleh SWCorp/SWME dan kontraktor yang dilantik.
  6. Mengeluarkan notis terhadap semak-samun atau tanah persendirian yang tidak dibersihkan dan seterusnya mengambil tindakan mahkamah jika gagal mematuhi arahan notis yang telah dikeluarkan.
  7. Membantu aktiviti gotong-royong yang dijalankan di kawasan perumahan oleh pengerusi-pengerusi taman / JKKK / KRT dan sebagainya dengan menyediakan sumbangan RM350 bagi setiap gotong-royong.
  8. Menggalakan penglibatan penduduk taman-taman perumahan dalam penyertaan aktiviti COMBI anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia di kawasan masing-masing.
  9. Membiak baka ikan ‘Guppy’ yang makan jentik-jentik nyamuk (secara biologikal) ditakungan-takungan terbiar dalam kawasan MPS.
  10. Mengambil tindakan dengan segera sebarang aduan berkaitan dalam bidang kuasa Majlis.

Catitan:-
Walau apa pun usaha Majlis Perbandaran Seremban dalam menangani wabak denggi, ia tidak akan berjaya tanpa penglibatan penduduk setempat dan kesedaran yang tinggi terutama dalam menjaga kebersihan persekitaran.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 9:54am