MENU
     KELULUSAN PELAN
   
  Anda boleh memohon kelulusan bagi tujuan penambahan / pengubahsuaian bangunan mereka. MPS menyeru kepada semua pihak baik secara individu atau berkumpulan yang ingin membuat ubahsuaian atau tambahan kepada bangunan mereka hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran dan mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada Jabatan Bangunan MPS. Ini adalah untuk mengelakkan mereka sebagai pemilik rumah, dikenakan notis dan tindakan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Seremban.
   
  Prosedur :-
  1. Sebelum sebarang kerja-kerja pengubahsuaian / tambahan bangunan dilakukan, anda hendaklah berjumpa dengan Merinyu Bangunan ( Building Inspector ) atau Juruteknik Bangunan ( Building Technician ) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur permohonan kelulusan pelan bangunan bagi kerja-kerja pengubahsuaian / tambahan bangunan anda.
  2. Pelan-pelan bangunan bagi ubahsuaian / tambahan bangunan anda hendaklah dikemukakan oleh pihak Arkitek / Pelukis Pelan / Jurutera yang bertauliah yang dilantik oleh anda sendiri. Anda boleh juga mendapatkan senarai nama Arkitek / Pelukis Pelan yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Seremban di Kaunter Pertanyaan Jabatan Bangunan MPS.
  3. Anda juga boleh mendapatkan Pelan Standard MPS bagi ubahsuaian / tambahan bangunan yang tidak melibatkan penutupan ruang secara keseluruhan ( full wall enclosure ) dan tambahan / ubahsuaian yang dibenarkan hanyalah dari jenis bergril besi dan teres terbuka sahaja. Bagi tambahan dinding dapur / bilik air / bilik tidur / bilik stor yang ditambah atau di ubahsuai sehingga ke sempadan pagar dan yang melibatkan tingkap dan pintu anda TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan khidmat Pelan Standard MPS.
  4. Anda juga boleh mendapatkan Borang Permit Awning bagi tambahan awning pada bangunan anda dan juga Borang Permit Kerja-Kerja Kecil bagi kerja-kerja kecil seperti yang dinyatakan didalam Para 18(1) dan Para 19(1) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (PBTNS) 1986.
  5. Hantarkan kepada:-
         Jabatan Kawalan Bangunan
         Majlis Perbandaran Seremban
         Tingkat 5, Seremban Parade
         Jalan Dato` Bandar Tunggal
         70000 Seremban.
   
  Syarat :-
  • Anda hendaklah mengemukakan permohonan pelan ubahan/tambahan kepada Jabatan Bangunan MPS SEBELUM sebarang kerja-kerja pengubahsuaian / tambahan dilakukan.
  • Jika anda mengemukakan pelan SEMASA atau SELEPAS kerja-kerja pengubahsuaian / tambahan dilakukan, anda akan dikenakan denda sebanyak 10 kali ganda bayaran yuran pemprosesan pelan semasa mengemukakan pelan tersebut ke Jabatan Bangunan MPS.
  • Cth:- Yuran pemprosesan pelan MPS x 10 kali ganda = Jumlah bayaran denda yang dikenakan.
   
  Bayaran Deposit
  • Rumah kediaman 1 tingkat - RM500.00
  • Rumah kedai, bangunan komersial dan rumah kediaman 2 tingkat - RM1000.00
  • Bayaran deposit akan dikembalikan setelah Majlis berpuashati akan kebersihan tapak setelah selesai kerja - kerja binaan.
   

@page_break@

   KELULUSAN PELAN
   
  Dokumen Sokongan
 
  • 1 salinan surat muka (cover letter) dari Akitek bertauliah/ Jurutera / Pelukis Pelan Berdaftar
  • Yuran pemprosesan pelan mengikut UUKBS 1984 (Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984)
  • Borang A yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Akitek Bertauliah /Pelukis Pelan Berdaftar
  • Borang JBG/KB 1-85/A (bagi projek baru dan lain kategori bangunan) atau JBG/KB 1-85/B (bagi ubahan/tambahan sahaja) yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Akitek bertauliah / Jurutera/ Pelukis Pelan Berdaftar
  • 1 salinan suratan hakmilik sementara
  • 1 salinan resit cukai pintu (terbaru)
  • 1 salinan resit cukai tanah terbaru
  • 1 salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan
  • 1 salinan perjanjian jual-beli
  • 5 salinan (4 kertas + 1 salinan yang dibuat diatas linen) pelan rumah/bangunan yang telah teratur dan ditandatangani oleh pemilik rumah/bangunan dan Akitek bertauliah/ Pelukis Pelan Berdaftar
  • Pelan-pelan rumah/bangunan hendaklah diwarnakan mengikut skema warna yang telah ditetapkan seperti berikut :
    • Kerja-kerja tambahan/ubahsuaian baru hendaklah diwarnakan dengan warna merah
    • Kerja-kerja pemecahan bagi tambahan/ ubahsuaian hendaklah diwarnakan dengan warna biru
    • Kerja-kerja bangunan asal tidak perlu diwarnakan
  • 1 set pelan struktur konkrit tetulang dan kiraan struktur serta jaminan kekukuhan struktur binaan yang perlu disahkan oleh Jurutera bertauliah (jika ubahan/tambahan melibatkan bangunan 2 tingkat)
  • Surat kelulusan dari Jabatan teknikal berkaitan dengan kelulusan pelan bangunan
  • Nama, alamat, nombor telefon dan tandatangan Akitek Bertauliah / Jurutera / Pelukis Pelan Berdaftar yang berkelayakan, cop rasmi dan cop memperakui tanggungjawab seperti kehendak Para 3 (1C) dalam UUKBS 1984
  • Nama, alamat, nombor telefon, tandatangan pemilik bangunan/pemilik tanah yang berdaftar dan nombor kad pengenalan terbaru pemilik
  • 5 Salinan pelan bangunan yang dikemukakan hendaklah mengandungi :-
    • Pelan punca pandu (Key Plan)
    • Pelan Tapak (Site Plan)
    • Pelan Lantai (Floor Plan)
    • Pelan Keratan Lintang, Membujur dan lain-lain Keratan (Sections)
    • Pelan Pandangan Hadapan, Belakang dan Sisi Bangunan (Elevations)
    • Pelan pemasangan paip kebersihan dan paip air (Sanitary &Plumbing Layout)
    • Perkiraan Pengudaraan dan Pencahayaan (Ventilation & Lighting Calculation)
   
  Borang
 

Borang Permohonan Bagi Kelulusan Pelan-Pelan Bangunan (Tambahan / Ubahan / Pindaan) (Borang JBG KB - 1/85B)

Cara Melipat pelan
Untuk membaca fail kepilan, memerlukan perisian Acrobat Reader. Sila muat turun Acrobat Reader dari http://www.adobe.com bagi yang tidak mempunyai perisian berkenaan.

Capaian Online
Tip: Sila simpan (save) semua fail - fail berikut ke local drive bagi capaian yang lebih cepat secara offline.

Lihat Soalan Lazim

   
 

Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Kawalan Bangunan MPS
Majlis Perbandaran Seremban
Tingkat 5, Seremban Parade
Jalan Dato Bandar Tunggal
70000 SEREMBAN

Kaunter Pertanyaan Jabatan Kawalan Bangunan
Tel: 06 – 766 7619 samb. 18

Pengarah Kawalan Bangunan MPS
Puan Norriza binti Mohd Sham
Tel: 06 – 766 7608 samb. 18

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 9:54am