MENU
   
PERMIT KAIN RENTANG
  Sebarang iklan kain rentang hendaklah mendapat kebenaran pihak Majlis. Permit akan dikeluarkan untuk setiap pemasangan kain rentang untuk iklan yang digantung pada bangunan dalam kawasan Majlis atau papan iklan MPS yang kosong.
   
  Penerangan / Peraturan:-
 
  • Borang ini hendaklah diisi dengan terang dan jelas.
  • Kembalikan borang ini beserta dengan dokumen - dokumen berikut :-
    a) Contoh lukisan (artwork) cetakan komputer lengkap dengan ukuran kain rentang / 'bunting' dan ukuran perkataan. (1 helai / keping)
    b) Surat kebenaran / kelulusan sekiranya kain rentang / 'bunting' digantung / dipamerkan di bangunan Pejabat Kerajaan / Permis Perniagaan / Tanah Persendirian / Harta Persendirian.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak.
  • Borang yang telah dipenuhkan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Pentadbiran MPS.
  • Ukuran Kain Rentang : 18 kaki x 3 kaki (5.49 meter x 0.92 meter) dan
    Ukuran ' Bunting' : 6 kaki x 2 kaki ( 1.83 meter x 0.61 meter)
  • Bagi Permohonan Kain Rentang/'Bunting' berbentuk pengiklanan perniagaan, pemohon dikehendaki mengemukakan salinan Lesen Perniagaan tahun semasa. Permohonan yang tidak disertakan salinan lesen tersebut, tidak akan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seremban.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pembekal/syarikat pembekal Kain Rentang/'Bunting'.
   
  Kadar Bayaran Dan Tempoh Pameran :-
 
 Permit  RM 30.00 sehelai
  Pelekat (Sticker)  RM 5.00 sehelai
  Wang Pertaruhan (Deposit)   RM 70.00 sehelai pertama dan tambahan
 RM 5.00 untuk setiap helai tambahan kain
  rentang / 'bunting'
  Bayaran Tiang MPS   RM10.00 sehelai (satu tiang)
  Tempoh mempamerkan kain rentang   1 bulan sahaja
  • Semua bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan sebelum kain rentang / 'bunting' tersebut dipamerkan.
    Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya syarat-syarat tidak dipatuhi.
  • Pemulangan semula wang pertaruhan, resit asal wang pertaruhan perlulah dikembalikan oleh pemohon kepada Majlis selepas tamat tempoh mempamer kain rentang / 'bunting'.  
  Syarat - Syarat:-
 
  1. Pelekat (sticker) hendaklah ditampal disudut sebelah kanan bahagian bawah pada setiap helai kain rentang / 'bunting'.
  2. Kain rentang/bunting yang dipasang tanpa permit akan dikenakan denda yang ditetapkan di bawah Seksyen 119, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  3. Satu (1) helai lukisan (artwork) cetakan komputer lengkap dengan ukuran kain rentang / 'bunting' dan ukuran perkataan mestilah dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan.
  4. Perkataan/bahasa pada kain rentang / 'bunting' hendaklah didalam Bahasa Malaysia. Jika terjemahan ke bahasa-bahasa lain hendak digunakan, ianya mestilah tidak melebihi dari kadar ½ tulisan dalam Bahasa Malaysia dan perkataan hendaklah ditulis dengan ejaan yang betul.
  5. Kain rentang / 'bunting' hendaklah dijaga supaya tidak menibulkan halangan kepada lalulintas atau pemandangan.
  6. Kain rentang / 'bunting' hendaklah diturunkan oleh pembekal/pemohon apabila tamat tempohnya.
  7. Majlis Perbandaran Seremban tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/keroskan pada kain rentang / 'bunting' tersebut.
  8. Pihak Majlis akan menurunkan kain rentang / 'bunting' yang tidak mengikut saiz dan diikat dengan betul serta wang pertaruhan tidak akan dikembalikan.
  9. Pemasangan 'bunting' hendaklah di tiang lampu MPS yang mempunyai braket sahaja serta tidak boleh menggunakan kawad atau dawai dan mesti dibuka semula oleh pemohon dalam tempoh 24jam selepas tempoh tamat / majlis berakhir. Jika engkar, wang pertaruhan tidak akan dikembalikan.

 

   
  Lokasi Struktur / Tiang Kain Rentang Dalam Kawasan MPS
 
Bil
Lokasi
Unit
1.
 Ampangan (Bangunan Flat UDA)
2
2.
 Amapangan (Pasar Ampangan)
1
3.
 Simpang Jalan Tok Ungku
2
4.
 Jalan Tun Dr. Ismail
1
5.
 Jalan Sg. Ujong ( Berhampiran PETRONAS)
2
6.
 Pasar Besar Seremban
2
7.
 Jalan Tuanku Munawir (Berhampiran Pasar)
2
8.
 Jalan ke Sek. Sri Puteri (Lobak)
1
9.
 Padang lobak
1
10.
 Simpang Jalan Tok Ungku - Rasah Jaya
1
11.
 Simpang Jalan Tok Ungku - Blossom Height
1
12.
 Simpang Jalan DAto' Muda Linggi - Dusun Nyior
2
13.
 Simpang Jalan Kuala Pilah - Senawang
2

* Pemohon hendaklah membuat semakan lokasi tiang MPS yang kosong terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
* Hanya kain rentang yang berukuran 18' x 3' sahaja dibenarkan digantung/dipamer di Tiang MPS.

   
  Senarai Jalan / Lokasi Yang Dibenarkan Untuk Menggantung 'Bunting'
 
Bil
Lokasi
1.
 Jalan Tun Dr. Ismail
2.
 Jalan Temiang
3.
 Jalan Tan Sri Manickavasagam / Jalan Lobak
4.
 Jalan Dato' Muda Linggi
5.
 Jalan Za'aba
6.
 Jalan Tuanku Antah
7.
 Jalan Tok Ungku
8.
 Jalan Ampangan
9.
 Jalan Kuala Pilah
10.
 Jalan Sikamat
11.
 Jalan Dato' Siamang Gagap
12.
 Jalan Rasah
13.
 Jalan Senawang
14.
 Jalan Jelebu
15.
 Jalan Seremban - Tampin
   
    Syarat-Syarat Tambahan Permohonan 'Bunting'
 
  • Sila catatkan bilangan 'bunting' yang hendak digantung di setiap lokasi.
  • Sila dapatkan kelulusan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di MPS. Surat kelulusan dari TNB hendaklah dilampirkan bersama-sama borang permohonan MPS.

Permohonan 'bunting' melebihi 20 helai perlu mendapatkan kelulusan Setiausaha MPS terlebih dahulu.

   
  Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Pelesenan dan Pembersihan,
Tingkat 3, Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan
70990 SEREMBAN

Tel : 06 - 766 7590

Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Ogos 2017 - 4:02pm