MENU
     LESEN PREMIS PERNIAGAAN
  Lesen ini dikeluarkan untuk jenis perniagaan seperti:-
  1. Tred & Lain-lain
  2. Makanan/Minuman
  3. Gunting Rambut
  4. Rumah Urut
  5. Hotel & Rumah Tumpangan

Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan oleh pihak majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan. Semua pemohon diingatkan supaya membuat pembaharuan dalam tempoh satu bulan sebelum tamat tempoh sah laku.

   
  Prosedur
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan mengembalikan borang Lesen Tred yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Borang Lesen Tred yang telah lengkap hantarkan kepada:-

    Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
    Tingkat 3,Majlis Perbandaran Seremban,
    Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan
    70990 SEREMBAN

  • Sekiranya menjalankan perniagaan makanan, syarat tambahan dikenakan iaitu perlu mengikut Kursus Pengendalian Makanan dan mendapatkan suntikan (Typhoid) terlebih dahulu.
  • Bayaran proses RM30.00
   
  Dasar Umum
 
Bil
Jenis Perniagaan
Kawasan Yang Dibenarkan
1.
 Kedai Tayar, Bateri, Bangkel, Aksesori Kereta, Cermin Kereta, Ekzos Kereta, Kusyen Kereta, Hawa Dingin Kereta.  i. Luar Pusat bandar bukan simpang jalan atau:
  ii Kawasan Perindustrian/ Industri Ringan
Catitan:
Jalan Zaaba, Jalan Tuanku Antah tidak dibenarkan kecuali premis perniagaan ada jalan susur.
2.
 Pusat Tusyen/ Kolej Pendidikan  Di Taman Perumahan/ Luar Pusat Bandar
3.
 Tadika/ Taska  Rumah Teres (tepi) Berkembar/ Banglo di Taman Perumahan.
4.
 Keranda  Kawasan Perusahan Ringan
5.
 KedaiRuncit (Rumah Kediaman) Tahun ke Tahun  Kawasan Perumahan yang tidak/ belum ada bangunan kekal.
6.
 Kedai tayar,Keranda Borong,Bateri,Bengkel, Aksesori kereta,Cermin kereta dan Ekzos kereta  Luar pusat bandar dan bukan simpang jalan, kawasan industri/industru ringan.
7.
 Pusat tuisyen/ Industri pendidikan  Di Taman perumahan dan luar pusat bandar.
8.
 Kedai runcit (rumah kediaman) tahun ke tahun  Kawasan perumahan yang tidak/belum ada bangunan kedai

 

 

     LESEN PREMIS PERNIAGAAN
   
  Dokumen Sokongan
 
  • Memorandum dan perkara persatuan bagi syarikat (Memorendum and Articles of Association), Borang 24 ( Return Of Allotment Register of Directors, Managers and Secretaries and changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965.

    ATAU

  • Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan 1956).
  • 12 salinan pelan lokasi yang menunjukkan di mana perniagaan hendak dijalankan dan disertakan (gunakan ruang di perkara F).
  • 1 salinan surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri).
  • 1 salinan pelan lantai premis berkenaan (kilang dan premis makanan sahaja).
  • 1 salinan sijil kelayakan menduduki bangunan (CF) (bangunan baru sahaja).
  • 3 keping gambar premis (pandangan hadapan) saiz 3R.
  • 1 salinan geran tanah atau sijil carian rasmi atau bil cukai tanah.
  • 1 salinan bil bayaran cukai pintu yang baru.
  • 1 salinan kad pengenalan.
  • Surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MIDA) jika pelabur antarabangsa.
  • Sila lekatkan 2 keping setem RM0.50 dan penuhkan ruangan nama dan alamat di poskad yang disediakan.
  Borang
  Borang Komposit Bagi Permohonan Lesen Perniagaan Dan Iklan Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
  Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
Tingkat 3,Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan
70990 SEREMBAN
Tel : 06-766 7586

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 9:54am