MENU
Lesen ini dikeluarkan bertujuan untuk membolehkan pemohon untuk mengemukakan permohonan lesen papan iklan luar bentuk billboard, papantanda & unipole. Permohonan lesen akan mendapat jawapan dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan dibuat.
Prosedur :-
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan mengembalikan borang Pemohonan Lesen Papan Iklan Luar (Billboard/papan Tanda/Unipole)  yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Bayaran proses RM 106.00 (Termasuk GST@6%)
  • Borang Permohonan Lesen Papan Iklan Luar (Billboard/papan Tanda/Unipole) yang telah lengkap hantarkan kepada:-

    Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
    Tingkat Bawah, Majlis Perbandaran Seremban

    Wisma Bandar Raya
    Lot 24392, Persiaran Forest Heights 1
    Jalan Seremban-Tampin
    70450 Seremban
    Negeri Sembilan

  • Dikuatkuasakan mulai 23 Disember 2016
Dokumen Sokongan

(1) 3 Salinan Pelan Lukisan Senibina yang ditandatangani oleh pihak syarikat sebagai pemohon serta disahkan oleh Jurutera perunding yang bertauliah yang mengandungi:

  • Pelan Kunci.
  • Pelan Lokasi.
  • Pelan Tapak.
  • Pelan Struktur (Pandangan atas, hadapan & sisi).
  • Keratan rentas menunjukkan kedudukan dari aras jalan.
  • Perkiraan kekukuhan.
  • Pengesahan daripada Perunding Bertauliah akan tempoh kekukuhan struktur (design guarantee).

Maklumat yang dikemukakan hendaklah lengkap mengikut senarai semak yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Seremban.

(2) Gambar Tapak

(3) Contoh Visual yang disahkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

(4) Anggaran kos pembinaan.

(5) Polisi Insuran Tanggungan Awam.

(6) Salinan surat kelulusan membina struktur paparan papan iklan luar dari Jabatan Kawalan Bangunan Majis Perbandaran Seremban.

(7) Surat kelulusan tuan tanah atau bangunan persendirian.

(8) Surat kelulusan JKR/Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)

(9) Lesen Menduduki Sementara (TOL) daripada pentadbiran Tanah Daerah Seremban

(10) Deposit RM300.00 (bagi setiap lokasi).

Borang
Borang Permohonan Lesen Papan Iklan Luar (Billboard/Papan Tanda/Unipole)
Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
Tingkat Bawah, Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Bandar Raya
Lot 24392, Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban-Tampin
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-765 4318 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 September 2019 - 8:50am