MENU

Taman Tasik  Taman Tasik  Taman Tasik

Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang ideal, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung.

Dihiasi dengan tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta 2 buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang dan sesuai untuk beristirehat. Berbagai kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, "jogging track", tandas dan sebuah pentas terapung. Pentas ini juga memiliki daya tarikan tersendiri dimana Program Hiburan Sekeluarga "Serembang di Seremban" dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat.

Kawasan Taman Tasik Seremban ini berkeluasan 10 ekar meliputi Taman Malaysia dan Taman Lalulintas Kanak-Kanak "SHELL" dan ianya juga terletak berhampiran dengan 2 buah hotel bertaraf antarabangsa.

Dibangunkan semula pada 2000 dengan anggaran kos RM 5 Juta, Taman Tasik Seremban kini memasuki Fasa III Program Naik taraf yang merupakan peringkat terakhir dan dianggar akan melibatkan kos RM 3 Juta.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Oktober 2019 - 8:02am