MENU
Eco pelancongan

Bukit Kepayang,Seremban
Tahap Kesukaran = B

Bukit Kepayang yang terletak di Seremban 2 dan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan ini merupakan lokasi hiking yang popular di kalangan pendaki tegar di negeri ini.Jarak daripada Bandar Seremban hanya 5 minit sahaja dan mudah diakses melalui jalanraya dan serta lebuhraya susur keluar Seremban.Pendakian Bukit Kepayang sesuai bagi pendaki beginner namun demikian aspek-aspek keselamatan perlulah di utamakan kerana kecelakaan berlaku di mana sahaja.Pendakian ke Puncak hanya mengambil masa 15 – 30 minit sahaja bergantung kepada stamina anda.Setibanya di puncak anda boleh layan Pemandangan Bandar Seremban yang sangat cantik,Pelbagai pemandangan dapat dilihat disekitarnya seperti Keindahan Gunung Ganang,Pemandangan Bandar Seremban, Pemandangan Perumahan Seremban 2 dan juga pemandangan highway Utara Selatan.

Bukit Melati,Nilai
Tahap Kesukaran = B+

Bukit Melati terletak di Putra Nilai ,Negeri Sembilan.Nama bukit ini diperolehi dari Taman yang berhampiran iaitu Aman Desa Melati.Kepada yang minat mendaki ,lokasi ini adalah ideal dengan ketinggian hanya 370 meter sahaja.Terdapat beberapa Bukit di sepanjang laluan ke puncak seperti Bukit Lipan,Bukit Monkey,Bukit Cobra dan Bukit Nyamuk.Para pegunjung boleh meletakkan kereta mereka di sepanjang jalan BBN 11/4 sebelum mendaki.

Bukit Galla,Mantin
Tahap Kesukaran = B+

Bukit Galla terletak di dalam Hutan Simpan Gallah,Labu.Bukit ini berketinggian 476 meter dengan jarak pendakian 2.8 km daripada tapak Mula dengan mengambil masa 1-2 jam pendakian bergantung kepada stamina pendaki.Pendakian ke Puncak bukit pastinya sangat mengujakan dengan keindahan flora fauna.Anda juga akan disajikan dengan satu keunikkan Batu besar unik yang diberi nama Batu Kapal yang di jumpai sebelum sampai ke puncak bukit tersebut.

gunung angsi

Gunung Angsi,Kuala Pilah
Tahap Kesukaran = A-

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.Gunung Angsi terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Angsi.Kedudukan yang hanya 15 minit sahaja daripada Bandar Seremban menjadikan Gunung ini terkenal di dalam aktiviti pendakian.

bukit dinasour

Hill Park S2 Height Seremban 2 (Bukit Dinosaur)
Tahap Kesukaran = C

Lokasi sangat sesuai bagi pendakian keluarga, kerana pelbagai fasiliti yang disediakan kepada pendakian bersama-sama keluarga.Terdapart juga alat-alat permainan kanak-kanak yang terletak di atas puncak bukit berkenaan.Bukit ini juga menyediakan dua laluan yang berbeza iaitu laluan bertangga atau laluan hutan.Anda boleh pilih laluan yang bersesuaian dengan kemampuan dan citarasa anda.

gunung berembun Gunung Berembun ,Pantai,Seremban (Liberator B 24)
Tahap Kesukaran = A 

Tersenarai antara 155 puncak tertinggi di Malaysia. Mencapai ketinggian 1193m (3913 kaki). Terletak ditengah2 jarak antara Kuala Klawang dan Seremban.Gunung ini mempunyai keunikkan yang tersendiri kerana terdapat sebuah Kapal Terbang British Liberator B-24 yang telah terhempas di tengah permatang di antara Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun.Gunung Berembun ini memerlukan pendaki membuat persiapan rapi dengan tahap kecergasan yang tinggi kerana laluan yang mencabar dan berlumpur apabila hujan.Gunung ini juga menyajikan beberapa pemandangan yang indah dengan kehijauaan hutan dan kemersikan bunyi air terjun di kakinya.Anda juga perlu mengambil permit sebelum mendaki gunung tersebut.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 13 November 2018 - 4:20pm