MENU
tempat menarik
Galeri Diraja Tuanku Ja'afar
Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Dataran Seremban Seremban International Golg Club (SIGC)
Dataran Seremban
Kolam ikan, gelaran bagi kawasan tanah lapang di kawasan bandar Seremban yang sekian lama sinonim dan menjadi rungutan penduduk bandar Seremban, kini bertukar wajah. Klik untuk maklumat lanjut.
Seremban International Golf Club (SIGC)
   
Ladang Burung Kasawari Muzium Negeri
Ladang Burung Kasawari
Terkenal sebagai pusat riadah untuk seisi keluarga, Jelita Ostrich Show Farm di Jalan Jelebu bukan saja membiakkan burung berkenaan, malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan itu. (untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Pelancongan Malaysia)
Muzium Negeri
Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. (untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Lembaga Muzium Negeri Sembilan)
   
Taman Tasik Seremban Taman Budaya
Taman Tasik Seremban
Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. (klik untuk maklumat lanjut...)
Taman Budaya
Sila lawati laman web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
   
Taman Rekreasi Seremban 2 Taman Malaysia
Taman Rekreasi Seremban 2
Kepada warga Seremban, malah warga kota yang mahu mencari destinasi riadah bersama keluarga, kunjungilah S2 City Park Seremban Dua, pada hujung minggu atau cuti sekolah. Tiba sahaja di kawasan seluas enam hektar itu, pengunjung disambut dengan lanskap indah serta dekorasi puluhan layang-layang berwarna-warni. (klik untuk maklumat lanjut...)
Taman Malaysia
Sejajar dengan hasrat murni kerajaan untuk memastikan agar setiap bandar bukan sahaja moden tetapi pemodenan tersebut haruslah seiring ke arah menghijaukan bandar, maka Majlis Perbandaran Seremban telah mengenal pasti Taman Malaysia sebagai salah satu Taman Awam yang boleh dibangunkan bagi menampung keperluan rekreasi dan riadah serta pelancongan Bandar Seremban.