MENU

Pelaksanaan Pusat Setempat OSC menggariskan halacara baru memproses permohonan secara serentak cadangan pemajuan yang dilaksanakan oleh Urusetia dan Jawatankuasa Pusat Setempat dalam mengurus, memproses dan mempertimbangkan permohonan-permohonan pemajuan yang berasaskan kepada peruntukan-peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Melalui Urusetia Pusat Setempat (OSC), pelan – pelan cadangan pemajuan yang diproses adalah Pelan Ubah Syarat, Pecah Sempadan dan perihal tanah, Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Kejuruteraan (Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan, dan Lampu Jalan), Pelan Landskap, Pelan Nama Taman, Nama Jalan dan Nombor Bangunan dan Pelan Pra Hitungan.

Pelaksanaan Pusat Setempat OSC di Majis Perbandaran Seremban di lancarkan secara rasmi pada 1 Jun 2007. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) di Majlis Perbandaran Seremban telah dilaksanakan buat kali pertama pada 10 Julai 2007.

Sepertimana peruntukan dan garis panduan yang telah disediakan oleh pihak KPKT menyarankan agar Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) disemua PBT dijalankan 2 kali dalam sebulan, maka Majlis Perbandaran Seremban telah pun melaksanakan peruntukan tersebut. Bagi tahun 2008, mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 08 Janurai 2008.

 
Peranan Dan Fungsi OSC

Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan, semua permohonan akan diterima melalui Pusat Setempat.

Peranan Pusat Setempat ini ialah :

  1. Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat
  2. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon
  3. Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah;
  4. Menyediakan pelaporan berkala.
  5. Bagi melancarkan perjalanan Pusat Setempat ini, satu Jawatankuasa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PBT.
 
Peranan Urusetia OSC
  1. Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon;
  2. Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
  3. Membuat edaran dan memantau permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/ agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;
  4. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima;
  5. Menyediakan kertas perakuan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat dan membuat pemakluman keputusan mesyuarat;
  6. Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua (2) kali sebulan.
  7. Mengumpul kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat setempat untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT.
 
Piagam Pelanggan OSC
  • Menyemak dan memproses cadangan pemajuan bagi permohonan kebenaran merancang, pelan infrastruktur (kerja tanah, lampu jalan, jalan dan perparitan), pelan landskap dan pelan nama jalan dan nama taman untuk diedarkan kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan
  • 1 minggu 
  • Memastikan supaya ulasan daripada agensi-agensi teknikal yang berkaitan dipantau
  • 2 minggu
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa OSC
  • 2 kali sebulan
  • Memantau dan memastikan cadangan permajuan yang diterima diluluskan bagi permohonan yang tidak melibatkan urusan tanah
  • 7 minggu
  • Memantau dan memastikan cadangan permajuan yang diterima diluluskan bagi permohonan yang melibatkan urusan tukar syarat dan pecah bahagi (urusan tanah)
  • 14 minggu
Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Oktober 2019 - 8:02am