MENU
  LATAR BELAKANG
 

Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni.  Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini.

Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan  pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan serta untuk menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan peraturan-peraturan di bawahnya.Dengan berkuatkuasanya Akta 757, Pesuruhjaya Bangunan (COB) bertanggungjawab mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama  dijalankan oleh Pemaju, Badan pengurusan Bersama (JMB) Perbadanan Pengurusan (MC), Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub-MC) dan Ejen.Penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah Akta 757 meliputi semua jenis bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata seperti berikut:-

  • Bangunan kediaman seperti kondominium, pangsapuri serta pemajuan berkonsepkan komuniti berpagar (gated community); dan
  • Bangunan komersial seperti bangunan pejabat, kompleks membeli belah, pangsapuri perkhidmatan (service apartment), pemajuan bercampur (mixed development) dan bangunan industri.
  • Lain-lain bangunan yang akan memperolehi hakmilik strata.
 
 
OBJEKTIF
 
  • Memantau kualiti pengurusan bangunan berstrata dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi meningkatkan kualiti kehdupan penduduk berstrata.

 
   
  FUNGSI
 

Akta 757 digubal bagi memastikan penyenggaraan dan pengurusan semua jenis bangunan berstrata diurus dengan baik dan dikawal selia oleh COB mengikut peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). 

    1. Mewujudkan Dan Mengemaskini Inventori Semua Kawasan Pemajuan Berstrata (Pangkalan Data)
    2. Memantau Penubuhan JMB/MC Di Semua Kawasan Pemajuan Berstrata
    3. Memberi Khidmat Nasihat Kepada Pemaju/JMB/MC Berkaitan Penyenggaraan Dan Pengurusan Harta Bersama
    4. Mengawal selia Kesempurnaan Penyenggaraan Dan Pengurusan Bangunan Dan Harta Bersama
    5. Memastikan Mesyuarat AGM Dijalankan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan
    6. Menyelaras, Mengendali & Mengambil Tindakan Penyelesaian Pertikaian Diantara Pengadu Dengan Pihak-Pihak Berkepentingan Termasuk Menjadi Mediator
    7. Memantau Akaun Pengurusan Bangunan Berstrata
    8. Mengambil Tindakan Penguatkuasaan
    9. Membuat Pelantikan & Mengawal Selia Ejen Pengurusan Yang Dilantik Oleh COB
 
   
 
PIHAK YANG TERLIBAT
 

1. Pemaju
2. Badan Pengurusan Bersama ( JMB )
3. Perbadanan pengurusan (MC)
4. Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub MC)
5. Ejen Pengurusan yang dilantik COB
6. Pembeli / pemilik petak

 
     
  PEMAKLUMAN  
 

 

  1. Unit COB MPS ada menyediakan bunting berkenaan dengan tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik yang enggan membayar caj penyenggaraan. Ini adalah inisiatif COB bagi membantu badan pengurusan  dalam menggalakkan pemilik petak membayar caj peyenggaraan. Bunting tersebut boleh diperolehi di Unit COB MPSNS dalam waktu pejabat.
  2. Pemberitahuan tentang pewartaan tarikh permulaan kuatkuasa Akta Pengurusan Strata 2013 (AKTA 757) dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015
  • Tarikh permulaan kuatkuasa Akta 757 bagi semua negeri di Semenangjung Malaysia termasuk Negeri Sembilan adalah pada 1 Jun 2015.
  • Tarikh permulaan kuatkuasa  Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 bagi semua negeri di Semenangjung Malaysia termasuk Negeri Sembilan adalah pada 2 Jun 2015.

    Badan Pengurusan boleh melayari laman web KPKT untuk memuat turun Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan - peraturan Pengurusan Strata (penyenggaraan dan pengurusan) 2015 iaitu: http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/88

    Sehubungan itu, semua  Badan Pengurusan Bangunan Berstrata di minta untuk merujuk kepada Akta 757 dan Peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa dalam pengurusan dan penyenggaraan Bangunan Berstrata.
    Pemahaman yang jelas tentang Akta akan membantu Badan Pengurusan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih lancar. Peraturan-peraturan hendaklah dijadikan panduan asas kepada usaha meningkatkan keberkesanan dan kesempurnaan pengurusan yang berkaitan dengan penyeragaman dan pengurusan bangunan berstrata.

 
     
  Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)  
 

Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) Mengandungi :

  • 11 bahagian
  • 153 seksyen
  • 4 Jadual

Penambahbaikan Akta 757 :

Bil

Elemen Penambahn baikan

1

Undang-undang pengurusan strata yang lebih komprehensif

2

Pemfailan jadual petak kepada COB

3

Jawatan Timbalan COB di wujudkan

4

Tribunal Pengurusan Strata diwujudkan

5

Peruntukan penguatkuasaan komprehensif dan kadar penalti bagi setiap kesalahan dinaikkan

6

Penyediaan formula unit syer

7

Peruntukan berkenaan penubuhan perbadanan pengurusan subsidiari dan harta bersama terhad

8

Penyelarasan kaedah mesyuarat agung

9

Penyelarasan kaedah peralihan badan (Pemaju/JMB/MC)

10

Penyeragaman kaedah-kaedah pelaksanaan

11

Peruntukan kutipan caj penyenggaraan daripada penyewa

12

Kaedah mendapatkan resolusi

13

Proviso menteri untuk pengecualian

14

Prosedur khusus insuran bangunan

15

Mekanisme rayuan yang seragam

 
   
 
 
Kemaskini Terakhir: Isnin, 19 Ogos 2019 - 3:08pm