MENU
 PENILAIAN DAN HARTANAH
 
Objektif Jabatan   Fungsi Jabatan
     
  • Memastikan supaya setiap tanah dan bangunan yang terletak di dalam kawasan Majlis telah disenaraikan untuk kutipan hasil cukai taksiran.
     

  • Memastikan supaya nilaian dan seterusnya cukai yang dikenakan ke atas setiap tanah dan bangunan adalah berpatutan, selaras dan tepat.
     

  • Memastikan supaya setiap tanah dan bangunan yang dikenakan cukai taksiran mempunyai butiran maklumat yang diperlukan dan disimpan dalam fail laporan penilaian bagi setiap harta terlibat.
     

  • Memberikan kerjasama dalam urusan membekalkan butiran maklumat harta yang diperlukan oleh Jabatan Kerajaan, Perbadanan Awam dan Pihak Swasta.
     

  • Menjaga kepentingan Majlis dari segi hak penilaian tanah dan bangunan yang dimiliknya terutama sekali dalam urusan yang melibatkan projek usahasama / penswastaan tanah-tanah milik Majlis.
     

  • Memastikan hasil Majlis yang diperolehi dari cukai taksiran terus meningkat dari masa ke semasa sejajar dengan pembangunan sektor hartanah di kawasan pentadbiran Majlis.
     

  • Membantu pentadbiran Majlis dalam urusan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran ke atas harta-harta yang ada tunggakan kerana ia penting bagi menjamin kedudukan kewangan yang stabil dan kukuh.

 
  • Menyediakan senarai nilaian.
     
  • Menyediakan senarai Caruman Membantu Kadar (CMK).
     
  • Memproses permohonan tuntutan pulangan balik / remisi cukai tafsiran.
     
  • Mengemaskini maklumat harta (nama dan alamat pemilik).
     
  • Carian rasmi butiran hak milik tanah.
     
  • Pentadbiran am.

 

 
 
Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 Disember 2017 - 12:47am