MENU
  OBJEKTIF
 
  • Merancang bagi memajukan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar di dalam kawasan Majlis bagi meningkatkan taraf hidup rakyat selaras dengan hasrat kerajaan terutama Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.
     
  • Mengguna pakai Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan pindaan-pindaannya bagi memastikan pelan-pelan pembangunan dijadikan asas bagi mengatur dan mengawal semua pembangunan dan penggunaan tanah.
     
  • Menjamin kepakaran serta mematuhi piagam pelanggan bagi tujuan pengawalan dan peningkatan mutu kerja.
   
  FUNGSI
     
 
  • Kawalan Perancangan dan Pembangunan.

    • Memproses Kebenaran Merancang
    • Memberi ulasan Pelan Bangunan kepada Jabatan Bangunan
    • Rancangan Pembangunan ( Rancangan Struktur/ dan Rancangan Tempatan Daerah/Rancangan Kawasan Khas)
    • Perlaksanaan Penguatkuasaan Perancangan Akta 172
    • Mengendalikan kes rayuan pembangunan ke Lembaga Rayuan
    • Menyediakan ulasan teknikal bagi permohonan tanah kerajaan yang diterima dari Pejabat Tanah dan Daerah Seremban
    • Mewartakan rezab kawasan lapang
  • Urusetia Pusat Setempat (OSC).

    • Menerima cadangan pemajuan daipada pemohon.
    • Memastikan pemohon telah membuat Pra Rundingan bersama agensi teknikal yang berkaitan.
    • Menyemak cadangan pemajuan mengikut senarai semak yang telah disediakan oleh pihak OSC
    • Mengedar permohonan cadangan pembangunan kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan
    • Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada agensi-agensi teknikal berkaitan
    • Mendapatkan maklumbalas daripada agensi teknikal
    • Menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC tehadap cadangan pembangunan yang telah diterima
    • Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa OSC
    • Mengedarkan perakuan Jawatankuasa OSC kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan pertukaran status tanah
    • Menerima keputusan kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan
    • Menyediakan kertas perakuan kelulusan untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis Penuh (MMP) Majlis Perbandaran Seremban
    • Memaklumkan keputusan rasmi kepada pemohon
     
 
  • Data Perancangan dan Pembangunan.

    • Mengumpul dan mengemaskini pengumpulan data bagi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk kawasan MPS.
    • Mengumpul maklumat teknikal bagi perumahan, perindustrian perniagaan, kawasan lapang dan infrastruktur untuk keperluan maklumat Rancangan Struktur / Rancangan Tempatan Daerah / Rancangan Kawasan Khas
    • Menyediakan nama jalan dan nombor rumah taman perumahan.
    • Menyediakan kertas kerja nama jalan dan nama taman kepada Majlis Mesyuarat Penuh (MMK)
    • Pengumpulan maklumat asas tahunan bagi Kajian Pembangunan Bandar Mampan (MurniNet) dan Program Bandar Selamat
    • Mengumpul maklumbalas dari pengusaha industri bagi pelaksanaan Unit Pembangunan Industri Daerah.
  • Projek PPRT & PPR ( Lobak dan Paroi ), Rumah Pangsa Lobak dan Projek Penswastaan dan Pesuruhjaya Bangunan (COB).

    • Mengurus Rumah Pangsa Lobak PPRT dan PPR Paroi
    • Mengutip bayaran sewa dan yuran penyelenggaraan bagi PPRT dan PPR Paroi
    • Mengurus Rumah Pangsa Kos Sederhana Lobak
    • Mengutip bayaran sewa dan yuran penyelenggaraan bagi PPRT Lobak dan PPR Paroi
    • Mengurus dan memperluas projek usahasama diantara MPS dan pihak swasta
    • Mengenalpasti dan memohon tanah - tanah kerajaan untuk projek pembangunan masyarakat
   
 
  • Pentadbiran.

    • Pengurusan mesyuarat.
    • Pengurusan fail.
    • Menguruskan hal ehwal kakitangan berkenaan untuk kursus,tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.
    • Pengurusan surat menyurat
    • Menyediakan bil-bil bayaran untuk yuran memproses pelan.
    • Menyediakan pesanan tempatan (L.0).
    • Inventori stok bekalan pejabat.
     
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Disember 2017 - 9:54am