MENU
   
 

Organisasi pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban diketuai oleh seorang Yang DiPertua Majlis dengan dibantu oleh seorang Setiausaha Majlis berserta 11 orang Ketua Jabatan dan 25 orang Ahli Majlis.

Dalam urusan pentadbirannya, Majlis Perbandaran Seremban mempunyai 11 Jawatankuasa Kecil yang bertanggungjawab untuk menentukan dasar - dasar dan polisi yang akan dilaksanakan oleh Majlis. Jawatankuasa Kecil tersebut ialah :-

  • Jawatankuasa Kewangan dan Maksud Am - Maksud Awam *
  • Jawatankuasa Pelesenan dan Pembersihan Bandar *
  • Jawatankuasa Lalulintas *
  • Jawatankuasa Tawaran (Tender)
  • Jawatankuasa Perancangan dan Pelan Bangunan *
  • Jawatankuasa Pembangunan Jawatankuasa
  • Lembaga Rayuan Cukai Taksiran
  • Lembaga Tindakan Tatatertib ( Kakitangan )
  • Lembaga Rayuan Tindakan Tatatertib MPS
  • Jawatankuasa Lembaga Pengambilan dan Kenaikan Pangkat
  • Jawatankuasa Pengindahan dan Bangunan Lama * ( Kakitangan )
  • Jawatankuasa OSC
  • Jawatankuasa Kekemasan Bandar dan Lanskap
  • Jawatankuasa Taskforce Bandar Selamat
   
  *Jawatankuasa-jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat sebulan sekali atau lebih dalam sebulan dimana segala keputusan dan perakuan jawatankuasa akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Penuh yang akan bersidang sebulan sekali. Mesyuarat Majlis Penuh MPS akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua MPS. Di samping itu, dalam tugas-tugas tertentu MPS juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa secara 'ad-hoc' bagi membincangkan sesuatu perkara khusus.*
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 November 2018 - 4:12pm