MENU
  PERMIT SEMENTARA
   
  Permit yang dikeluarkan untuk perniagaan sementara contohnya seperti penjaja sementara di bulan Ramadan. Permit dikeluarkan supaya mudah pihak MPS untuk mengawal selia perniagaan sementara di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.
   
  Prosedur 
  Permohonan hendaklah dibuat dengan mengembalikan borang Permohonan Permit Sementara yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantarkan kepada:-

Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
Tingkat 3, Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan
70990 SEREMBAN

   
  Dokumen Sokongan
  • 1 keping salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu.
  • 2 keping gambar pemohon.
  • 2 keping gambar pembantu.
  • Salinan Sijil Pengendalian Makanan untuk permohonan menjual makanan.
  • Surat kebenaran daripada pemilik premis jika perniagaan dijalankan atas premis tersebut.
  • Wang proses RM 20.00
   
  Borang
  Borang Permohonan Permit Sementara

Untuk membaca fail kepilan, memerlukan perisian Acrobat Reader. Sila muat turun Acrobat Reader dari http://www.adobe.com bagi yang tidak mempunyai perisian berkenaan.

   
  Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
Tingkat 3,Majlis Perbandaran Seremban,
Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan,
70990 SEREMBAN
Tel : 06-7667586

Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Ogos 2017 - 4:02pm