 |
| Kenali Kami |
|
| |
|
|
 |
| Perkhidmatan |
|
 |
| Kemudahan Asas |
|
| Pelancongan |
|
 |
 |
| Buletin |
|
 |
| Hubungi Kami |
|
Majlis Perbandaran Seremban
Jalan Yam Tuan, 70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA |
| Hotline : |
606 - 7642944 |
| Faks : |
606 - 763 7449 |
 |
aduan@mpsns.gov.my |
| Tel : |
606 - 762 3381 /
606 - 763 7226 /
606 - 767 0352 |
|
|
| |
|
| ..::: PERKHIDMATAN / KELULUSAN PELAN / PELAN BANGUNAN UBAHAN & TAMBAHAN :::... |
|
|
| |
Anda boleh
memohon kelulusan bagi tujuan
penambahan / pengubahsuaian bangunan
mereka. MPS menyeru kepada semua
pihak baik secara individu atau
berkumpulan yang ingin membuat
ubahsuaian atau tambahan kepada
bangunan mereka hendaklah terlebih
dahulu memohon kebenaran dan mendapatkan
kelulusan secara bertulis daripada
Jabatan Bangunan MPS. Ini adalah
untuk mengelakkan mereka sebagai
pemilik rumah, dikenakan notis
dan tindakan oleh pihak berkuasa
Majlis Perbandaran Seremban.
Prosedur
:-
-
Sebelum sebarang kerja-kerja
pengubahsuaian / tambahan
bangunan dilakukan, anda hendaklah
berjumpa dengan Merinyu Bangunan
( Building Inspector ) atau
Juruteknik Bangunan ( Building
Technician ) untuk mendapatkan
khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur
permohonan kelulusan pelan
bangunan bagi kerja-kerja
pengubahsuaian / tambahan
bangunan anda.
-
Pelan-pelan bangunan bagi
ubahsuaian / tambahan bangunan
anda hendaklah dikemukakan
oleh pihak Arkitek / Pelukis
Pelan / Jurutera yang bertauliah
yang dilantik oleh anda sendiri.
Anda boleh juga mendapatkan
senarai nama Arkitek / Pelukis
Pelan yang berdaftar dengan
Majlis Perbandaran Seremban
di Kaunter Pertanyaan Jabatan
Bangunan MPS.
-
Anda juga boleh mendapatkan
Pelan Standard MPS bagi ubahsuaian
/ tambahan bangunan yang tidak
melibatkan penutupan ruang
secara keseluruhan ( full
wall enclosure ) dan tambahan / ubahsuaian
yang dibenarkan hanyalah dari
jenis bergril besi dan teres
terbuka sahaja. Bagi tambahan
dinding dapur / bilik air
/ bilik tidur / bilik stor
yang ditambah atau di ubahsuai
sehingga ke sempadan pagar
dan yang melibatkan tingkap
dan pintu anda TIDAK DIBENARKAN
untuk menggunakan khidmat
Pelan Standard MPS.
-
Anda juga boleh mendapatkan
Borang Permit Awning bagi
tambahan awning pada bangunan
anda dan juga Borang Permit
Kerja-Kerja Kecil bagi kerja-kerja
kecil seperti yang dinyatakan
didalam Para 18(1) dan Para
19(1) Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam (PBTNS) 1986.
-
Jabatan
Bangunan
Majlis Perbandaran Seremban
Tingkat 5, Seremban Parade
Jalan Dato` Bandar Tunggal
70000 Seremban.
Syarat
:-
-
Anda
hendaklah mengemukakan permohonan
pelan ubahan/tambahan kepada
Jabatan Bangunan MPS SEBELUM
sebarang kerja-kerja pengubahsuaian
/ tambahan dilakukan.
-
Jika anda mengemukakan pelan
SEMASA atau SELEPAS kerja-kerja
pengubahsuaian / tambahan
dilakukan, anda akan dikenakan
denda sebanyak 10 kali ganda
bayaran yuran pemprosesan
pelan semasa mengemukakan
pelan tersebut ke Jabatan
Bangunan MPS.
-
Cth:-
Yuran pemprosesan pelan MPS
x 10 kali ganda = Jumlah bayaran
denda yang dikenakan.
Dokumen Sokongan
-
1 salinan surat muka (cover
letter) dari Akitek bertauliah/
Jurutera / Pelukis Pelan Berdaftar
-
Yuran pemprosesan pelan
mengikut UUKBS 1984 (Undang-Undang
Kecil Bangunan Seragam 1984)
-
Borang A yang lengkap diisi
dan ditandatangani oleh Akitek
Bertauliah /Pelukis Pelan
Berdaftar
-
Borang JBG/KB 1-85/A (bagi
projek baru dan lain kategori
bangunan) atau JBG/KB 1-85/B
(bagi ubahan/tambahan sahaja)
yang lengkap diisi dan ditandatangani
oleh Akitek bertauliah / Jurutera/
Pelukis Pelan Berdaftar
-
1 salinan suratan hakmilik
sementara
-
1 salinan resit cukai pintu
(terbaru)
-
1 salinan resit cukai tanah
terbaru
-
1 salinan Sijil Layak Menduduki
Bangunan
-
1 salinan perjanjian jual-beli
-
5 salinan (4 kertas + 1
salinan yang dibuat diatas
linen) pelan rumah/bangunan
yang telah teratur dan ditandatangani
oleh pemilik rumah/bangunan
dan Akitek bertauliah/ Pelukis
Pelan Berdaftar
-
Pelan-pelan rumah/bangunan
hendaklah diwarnakan mengikut
skema warna yang telah ditetapkan
seperti berikut :
-
Kerja-kerja tambahan/ubahsuaian
baru hendaklah diwarnakan
dengan warna merah
-
Kerja-kerja pemecahan
bagi tambahan/ ubahsuaian
hendaklah diwarnakan dengan
warna biru
-
Kerja-kerja bangunan
asal tidak perlu diwarnakan
-
1 set pelan struktur konkrit
tetulang dan kiraan struktur
serta jaminan kekukuhan struktur
binaan yang perlu disahkan
oleh Jurutera bertauliah (jika
ubahan/tambahan melibatkan
bangunan 2 tingkat)
-
Surat kelulusan dari Jabatan
teknikal berkaitan dengan
kelulusan pelan bangunan
-
Nama, alamat, nombor telefon
dan tandatangan Akitek Bertauliah
/ Jurutera / Pelukis Pelan
Berdaftar yang berkelayakan,
cop rasmi dan cop memperakui
tanggungjawab seperti kehendak
Para 3 (1C) dalam UUKBS 1984
-
Nama, alamat, nombor telefon,
tandatangan pemilik bangunan/pemilik
tanah yang berdaftar dan nombor
kad pengenalan terbaru pemilik
-
5 Salinan pelan bangunan
yang dikemukakan hendaklah
mengandungi :-
-
Pelan punca pandu (Key
Plan)
-
-
Pelan Lantai (Floor
Plan)
-
Pelan Keratan Lintang,
Membujur dan lain-lain
Keratan (Sections)
-
Pelan Pandangan Hadapan,
Belakang dan Sisi Bangunan
(Elevations)
-
Pelan pemasangan paip
kebersihan dan paip air
(Sanitary &Plumbing
Layout)
-
Perkiraan Pengudaraan
dan Pencahayaan (Ventilation
& Lighting Calculation)
|
Borang
Lihat Soalan
Lazim |
Sebarang
masalah sila hubungi :
Jabatan
Bangunan MPS
Majlis Perbandaran Seremban
Tingkat 5, Seremban Parade
Jalan Dato Bandar Tunggal
70000 SEREMBAN
Tel: 06 – 762 3998
Fax: 06 – 763 7449
Kaunter Pertanyaan Jabatan
Bangunan
Tel: 06 – 762 3998 samb. 18
Pengarah Bangunan
MPS
Puan Norriza binti Mohd Sham
Tel: 06 – 762 3998 samb. 18
Kawasan Mukim Ampangan dan
Senawang
Pegawai Bertugas : Tuan Haji Ahmad
Zaidi bin Darus
Tel: 06 – 762 3998 samb. 19
Kawasan Mukim
Seremban dan Bandar Seremban
Pegawai Bertugas : En Faizal bin
Hj Mohd Ibrahim
Tel : 06 – 762 3998 samb 20
Kawasan Mukim
Rantau dan Mukim Rasah
Pegawai Bertugas : En Azpuri bin
Abdul Aziz
Tel : 06 – 762 3998 samb 21
Kaunter Pertanyaan
Jabatan Bangunan
Tel: 06 – 762 3998 samb. 22
|
|
|
|
|
|
|