 |
| Kenali Kami |
|
| |
|
|
 |
| Perkhidmatan |
|
 |
| Kemudahan Asas |
|
| Pelancongan |
|
 |
 |
| Buletin |
|
 |
| Hubungi Kami |
|
Majlis Perbandaran Seremban
Jalan Yam Tuan, 70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA |
| Hotline : |
606 - 7642944 |
| Faks : |
606 - 763 7449 |
 |
aduan@mpsns.gov.my |
| Tel : |
606 - 762 3381 /
606 - 763 7226 /
606 - 767 0352 |
|
|
![]() |
|
|
| |
 |
| |
|
|
Bandar Seremban muncul sepertimana bandar-bandar lain di negara ini iaitu disekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan disekitar Rasah didapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan dikawasan ini kebanyakannya adalah petani.
|
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campurtangan diatas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah diantara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray dimana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato`Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal dikawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.
|
 |
|
|
Berikutan dari peristiwa diatas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
|
Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telahpun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail). |
 |
|
|
Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja.
|
|
| |
Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatan yang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Bandaran ialah YM Raja Azman Bin Raja Sir Chulan.
|
| |
 |
| |
Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Bandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Bandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan "Lake", kawasan Rahang dan kawasan Lobak. Berikut adalah senarai Pengerusi atau Presiden Majlis Bandaran Seremban bermula dari tahun 1953 - 22hb. Julai 1965. Pada tanggal 23hb. Julai 1965, pentadbiran Majlis Bandaran Seremban telah diambil alih oleh YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan. |
| |
|
| |
|
Pengerusi (Presiden) Majlis Bandaran Seremban |
|
Bil |
|
Tahun |
|
1 |
YM Tunku Mustapha |
1954 -1956 |
|
2 |
En. Jaafar Bin Tahar |
1957-1958 |
|
3 |
En. Tham Tat Ming |
1959 |
|
4 |
En. Robert Singam |
1960 |
|
5 |
En. Lam Teck Choon |
1961 |
|
6 |
En Chin See Yin |
1962 |
|
7 |
En. P Gumam Singh Gill |
1963 -1964 |
|
8 |
En. Lai Pong Yuen |
1965 -22 Julai 1965 |
|
| |
|
| |
Penyusunan Semula Kerajaan Tempatan Di Malaysia
Majlis Bandaran Seremban telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dimana ianya dinaikkan taraf dan diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979 dengan YAB Dato` Menteri Besar Negeri Sembilan kekal selaku Yang DiPertua Majlis dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang DiPertua yang menjalankan tugas eksekutif sepenuh masa. Sehinggalah pada 1hb. Ogos 1998, tanggungjawab serta tugas selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban telah diserahkan secara rasmi oleh YAB Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin Dato` Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada seorang pegawai kerajaan yakni Dato' Haji Hassan @ Hasanni Bin Mohd. Zain sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban |
| |
|
| |
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban |
| |
| YAB Dato' Rais Bin Yatim |
1978 - 1982 |
YAB Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin Dato` Haji Abdul Samad |
1982 - 31 Julai 1998 |
| Dato' Haji Hassan @ Hasanni Bin Mohd. Zain |
1 Ogos 1998 -7 Julai 2003
|
| En. Mohd Jaafar Bin Mohd Atan |
1 Ogos 2003 - 15hb Ogos 2004 |
| Dato' Haji Abd. Halim Bin Abd.Latif |
1 September 2004 sehingga kini |
|
|
|
| |
|
|
|
|
|