Sewa Dewan MPS & Peralatan
Berapa lamakah kelulusan bagi penyewaan dewan/ peralatan dari Majlis dikeluarkan?
Kelulusan akan diberi serta merta setelah segala syarat-syarat dipenuhi.
Bilakah bayaran bagi penyewaan dewan/ peralatan perlu dibuat?
Bayaran perlulah dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum acara.
Adakah bayaran perlu dibuat dengan cek ?
Bayaran cek boleh dibuat jika tempahan yang dibuat 2 minggu sebelum acara diadakan. Jika seminggu sebelum acara diadakan pemohon hendaklah membayar secara tunai dan juga pemohon digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal.
Adakah pihak Majlis membantu penyewa menyusun peralatan bagi persediaan acara yang akan dijalankan oleh penyewa ?
Tidak, penyusunan peralatan akan dilakukan sendiri oleh penyewa.
Adakah tambahan peralatan/masa tambahan boleh dibuat serta-merta apabila keadaan/ acaramajlis penyewa memerlukannaya ?
i. Tambahan peralatan.
Boleh, jika peralatan yang hendak digunakan ada dalam simpanan Majlis.
ii. Tambahan masa.
Boleh tetapi bergantung kepada :
a) seandainya sebaik sahaja selepas majlis penyewa tiada penyewa seterusnya yang ingin menyewa dewan.
b) Selepas pada pukul 12.00tgh malam tidak dibenarkan jika ingin berbuat demikian juga perlu meminta permit polis.
Adakah tempahan saya boleh dibatalkan serta merta tanpa notis ?
Boleh, kalau terdapat acara rasmi Majlis/ Kerajaan Negeri terpaksa dijalankan dan pemulangan penuh akan diberikan kepada penyewa.
|