Carian

mpsns.gov.my
www
  | |      
Kenali Kami
Info Korporat
Struktur Organisasi
Perkhidmatan
Aduan
Cukai Taksiran
Kelulusan Pelan
Permohonan Lesen
Sewaan Kemudahan
Kemudahan Asas
Keselamatan
Kesihatan
Tempat Ibadah
Pasaraya
Pendidikan
Penginapan
Pengangkutan Awam
Pelancongan
Sekitar Seremban
Negeri Sembilan
Hari Kelepasan Am 2008
Buletin
Hubungi Kami
Senarai Emel
Soalan Lazim
   
Majlis Perbandaran Seremban
Jalan Yam Tuan, 70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA
Hotline : 606 - 7642944
Faks : 606 - 763 7449
aduan@mpsns.gov.my
Tel : 606 - 762 3381 /
606 - 763 7226 /
606 - 767 0352
Perkhidmatan Online
 
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) BAGI KAWASAN MPS
 
 
   
  Pengenalan
 

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membasmi kemiskinan bandar di kawasan pentadbiran 144 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) iaitu dari tahun 2006-2010.

Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sebagai PBT yang diberi tanggungjawab dalam menyelaras PPKB di kawasan pentadbiran MPS sedang giat melaksanakan program ini supaya dapat mencapai matlamat dan objektif kemiskinan bandar sifar di Bandar Seremban. Oleh itu kami mempelawa penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Seremban yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan di dalam program ini.

   
  Syarat Permohonan
 
Syarat bagi pemohon bagi PPKB ini adalah keluarga miskin di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)  yang ditetapkan iaitu mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari RM 663 dan per kapita iaitu kurang dari RM 157. Permohonan ini hanya melibatkan keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja
   
  Bantuan - Bantuan Yang Ditawarkan
  Terdapat 7 bantuan yang ditawarkan di dalam PPKB mengikut kelayakan pemohon iaitu :
 
1)
Bantuan Sewa Rumah
     

Kadar / Bentuk Bantuan

  • Bayaran sewa rumah RM 124 atau kadar sebenar mengikut yang terendah.
  • Kategori rumah yang layak adalah rumah PPR, rumah majlis, rumah transit, rumah
    panjang, rumah milik persendirian dan bilik.
  • Tidak meliputi rumah setinggan dan rumah program sewa kemudian beli milik
    Kerajaan Negeri.
  • Bayaran sewa bilik RM 70 atau kadar sebenar mengikut yang terendah.
  • Tempoh bantuan adalah Januari/bulan sebenar keluarga menyewa hingga
    Disember tahun semasa.
     
  2)  Bantuan Kemasukan Ke Sekolah/IPT
     

Kadar / Bentuk Bantuan.

  • Sekolah : 2 pasang pakaian seragam, 2 pasang kasut sekolah, 1 beg & alat tulis (1
    dozen pensil,1 dozen pen, 1 kotak pensil warna & 1 pembaris) setiap tahun.
  • IPT : tunai RM 1000 sekali kemasukan ke IPT.
   
  3) Bantuan Kos Jagaan Kanak-Kanak Ke Taska / Tadika / Jiran / Individu
      Kadar / Bentuk Bantuan.
  • Hanya layak kepada ibu yang bercadang untuk bekerja buat pertama kali/bekerja semula sahaja sebagai galakan untuk mereka bekerja. Permohonan dibuat hanya setelah ibu mendapat pekerjaan.
  • Bayaran bulanan RM200 atau kadar sebenar mengikut yang terendah.
  • Hanya melibatkan kanak-kanak sehingga darjah 3 sahaja.
  • Bantuan diberi pada bulan penerima didaftar di bawah skim bantuan KPKT
    sehingga Disember tahun semasa.
   
  4) Bantuan Kos Pengangkutan Ke Tempat Kerja & Sekolah
      Kadar / Bentuk Bantuan.
  • Bayaran bulanan RM 30 untuk setiap pelajar dan RM 50 untuk ibu bekerja.
  • Hanya layak kepada ibu yang bercadang untuk bekerja buat pertama kali sahaja
    sebagai galakan untuk mereka bekerja. Permohonan dibuat hanya setelah ibu
    mendapat pekerjaan.
  • Bantuan diberi pada bulan penerima didaftar di bawah skim bantuan KPKT
    sehingga Disember tahun semasa.
   
  5) Bantuan Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang
      Kadar / Bentuk Bantuan.
  • Kos rawatan – mengikut kadar yang dikenakan oleh pusat dialisis.
  • Sekiranya bantuan diterima dari agensi lain seperti Jabatan Kebajikan
    Masyarakat, Baitulmal, NGO dan jumlah bantuan kurang dari kos rawatan, PBT
    akan membiayai perbezaan kos rawatan tersebut.
  • Kos pengangkutan – Pengangkutan awam (termasuk teksi). Resit / tiket tidak
    diperlukan.
  • Bantuan diberi pada bulan pesakit didaftar di bawah skim bantuan KPKT
    sehingga Disember tahun semasa.
   
  6) Latihan Kemahiran
      Kadar / Bentuk Bantuan.
  • Kos sebenar yang ditetapkan oleh institusi latihan/penganjur.
  • Hanya melibatkan institusi latihan awam sahaja.
  • Kursus/latihan teknikal yang bertaraf sijil.
  • Bagi yang telah memiliki sijil,kursus/latihan yang bertaraf diploma dibenarkan untuk
    diikuti.
  • Elaun saraan hidup RM 150 sebulan semasa mengikuti kursus/latihan.
   
  7)    Bantuan Ihsan Penduduk Miskin Di Bandar
      Kadar / Bentuk Bantuan.
  • Pemberian one off maksimum sebanyak RM 3,000 untuk keluarga miskin tegar.
  • Pemberian one off maksimum sebanyak RM 2,000 untuk keluarga miskin.
  • Kategori kejadian yang layak:
    • Diberhentikan kerja (masalah majikan) dan telah menganggur lebih 3 bulan
    • Musnah tempat kediaman
    • Hilang upaya akibat kemalangan (bekerja sendiri)
    • Kematian ketua keluarga
    • Musnah tempat bekerja (bekerja sendiri).
   
  Cara Permohonan
 
Penduduk yang di bawah tahap kemiskinan kini boleh mendapatkan borang permohonan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Pejabat Majlis Perbandaran Seremban (Jabatan Perancang Bandar) atau muat-turun borang tersebut di laman web ini. Borang yang telah dihantar akan diproses dan disemak oleh pegawai / petugas yang berkaitan dan lawatan akan dilakukan oleh pegawai / petugas tersebut.

Maklumat lanjut mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Bandar boleh didapati dengan melayari laman web http://www.kpkt.gov.my atau hubungi:

Jabatan Perancang Bandar MPS : 06-7620004 samb 1503 @ 1321
  kembali ke atas
 
 
 

Anda pelawat ke | Tarikh Kemaskini : 05.12.2007
Penafian:"Pihak MPS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini"
Hak Cipta Terpelihara @ Jabatan ICT, Majlis Perbandaran Seremban.