Carian

mpsns.gov.my
www
  | |      
Kenali Kami
Info Korporat
Struktur Organisasi
Perkhidmatan
Aduan
Cukai Taksiran
Kelulusan Pelan
Permohonan Lesen
Sewaan Kemudahan
Kemudahan Asas
Keselamatan
Kesihatan
Tempat Ibadah
Pasaraya
Pendidikan
Penginapan
Pengangkutan Awam
Pelancongan
Sekitar Seremban
Negeri Sembilan
Hari Kelepasan Am 2008
Buletin
Hubungi Kami
Senarai Emel
Soalan Lazim
   
Majlis Perbandaran Seremban
Jalan Yam Tuan, 70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA
Hotline : 606 - 7642944
Faks : 606 - 763 7449
aduan@mpsns.gov.my
Tel : 606 - 762 3381 /
606 - 763 7226 /
606 - 767 0352
 
 

Taman Rekreasi & Golf | Tempat Menarik | Dataran Seremban | City Park, Seremban 2 | Taman Malaysia | Taman Tasik | Peta Jalan Pusat Bandar Seremban | Kompleks Kraft

..::: PELANCONGAN / SEKITAR SEREMBAN / TAMAN TASIK :::...
   
 
 
Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang ideal, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung.

Dihiasi dengan tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta 2 buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang dan sesuai untuk beristirehat. Berbagai kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, “jogging track”, tandas dan sebuah pentas terapung. Pentas ini juga memiliki daya tarikan tersendiri dimana Program Hiburan Sekeluarga “Serembang di Seremban” dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat.

Kawasan Taman Tasik Seremban ini berkeluasan 10 ekar meliputi Taman Malaysia dan Taman Lalulintas Kanak-Kanak ”SHELL” dan ianya juga terletak berhampiran dengan 2 buah hotel bertaraf antarabangsa.

Dibangunkan semula pada 2000 dengan anggaran kos RM 5 Juta, Taman Tasik Seremban kini memasuki Fasa III Program Naik taraf yang merupakan peringkat terakhir dan dianggar akan melibatkan kos RM 3 Juta.
               
     
KEUNIKAN BUDAYA DESTINASI POPULAR
           

 



 

Anda pelawat ke | Tarikh Kemaskini : 09.10.2008
Penafian:"Pihak MPS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini"
Hak Cipta Terpelihara @ Jabatan ICT, Majlis Perbandaran Seremban.