Sejajar dengan hasrat murni kerajaan untuk memastikan agar setiap bandar bukan sahaja moden tetapi pemodenan tersebut haruslah seiring ke arah menghijaukan bandar, maka Majlis Perbandaran Seremban telah mengenal pasti Taman Malaysia sebagai salah satu Taman Awam yang boleh dibangunkan bagi menampung keperluan rekreasi dan riadah serta pelancongan Bandar Seremban.
Dengan keluasan lebih kurang 10 ekar, taman ini mudah di kunjungi oleh orang ramai memandangkan ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Taman ini amat sesuai bagi menampung semua bentuk keperluan aktiviti riadah di samping turut berfungsi sebagai tempat berkumpul dikalangan warga bandar agar terjalin hubungan sosial yang lebih erat. Ini diharapkan dapat membantu kerajaan dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja masa kini .
Taman ini turut memberikan pendedahan kepada suasana hutan dan aktiviti perkhemahan di samping kemudahan rekreasi dan riadah kepada warga Seremban.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di taman ini adalah seperti berikut :-
- Bermalam / berehat.
- Perkhemahan.
- Seminar / kursus / program motivasi.
- Aktiviti sukan dan rekreasi hutan / tradisional.
- Aktiviti rakan muda / jiran muda.
- Kelas-kelas pembelajaran / pendidikan berhubung dengan tumbuhan dan haiwan kecil / alam sekitar.
- Aktiviti perkhemahan persatuan beruniform sekolah / persatuan kelab.
- Jamuan / sajian / hidangan.
- Hari keluarga / perkhemahan keluarga.
- Pertunjukan pentas / kebudayaan.
- Lawatan / bersiar.
- Ceramah / bengkel / perbincangan.
- Lain-lain kegunaan yang dibenarkan dan diluluskan oleh Majlis.
(klik untuk lihat perkhidmatan yang disediakan) |