Tukar Nama Pemilik Pusaka
Mengapa perlu beri notis
Borang J selepas berlaku kematian
keatas pemilik harta?
Untuk mengemaskini daftar nama dan
alamat pemilik harta terlibat supaya
bil cukai taksiran dapat dihantar
dengan tepat dan berkesan.
Perlukah beri notis Borang
J setiap kali berlaku kematian keatas
pemilik harta?
Ya,Perlu. Sebagaimana yang diperuntukan
dibawah Seksyen 160(2) Akta 171,
Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Bagaimana caranya hendak
mengisi Borang J?
Rujuk contoh Borang J yang telah
lengkap diisi sebagai panduan.
Adakah menjadi satu kesalahan
jika tidak memberi notis Borang
J selepas berlaku kematian keatas
pemilik harta terlibat?
Ya, menjadi satu kesalahan jika
tidak memberi Notis Borang J. Jika
sabit kesalahan boleh dipenjara
selama tidak lebih 6 bulan atau
didenda tidak melebih RM 2,000.00
atau kedua-duanya sekali.
Siapakah yang perlu memberi
Notis Borang J?
Waris yang menerima harta pesaka
simati.
Adakah dikenakan apa-apa
bayaran perkhidmatan dalam urusan
ini?
Tiada apa-apa bayaran dikenakan
atas perkhidmatan ini. |