Get the Flash Player to see this rotator.
Carian

mpsns.gov.my
www
  | |      
Kenali Kami
Info Korporat
Struktur Organisasi
Perkhidmatan
Aduan
Cukai Taksiran
Kelulusan Pelan
Permohonan Lesen
Sewaan Kemudahan
Kemudahan Asas
Keselamatan
Kesihatan
Tempat Ibadah
Pasaraya
Pendidikan
Penginapan
Pengangkutan Awam
Pelancongan
Sekitar Seremban
Negeri Sembilan
Hari Kelepasan Am 2009
Buletin
Hubungi Kami
Senarai Emel
Soalan Lazim
   
Majlis Perbandaran Seremban
Jalan Yam Tuan, 70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA
Hotline : 606 - 7642944
Faks : 606 - 763 7449
aduan@mpsns.gov.my
Tel : 606 - 762 3381 /
606 - 763 7226 /
606 - 767 0352
  SOALAN LAZIM
 
 

Permohonan Pelan Bangunan Tambahan dan Ubahan

Jika saya ingin membuat tambahan atau ubahsuaian pada rumah, perlukah saya mengemukakan pelan kepada pihak berkuasa MPS ?
Perlu dan pelan ubahan/tambahan tersebut hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan samada Pelukis Pelan Berdaftar ataupun Akitek Bertauliah.

Bolehkah saya mendapatkan pelan ubahan/tambahan daripada pihak MPS ?
Tidak boleh kerana setiap permohonan pelan yang dkemukakan secara individu atau berkumpulan kepada pihak Majlis adalah sulit dan rahsia. Pemilik rumah atau bangunan boleh mendapatkan senarai nama Pelukis Pelan Berdaftar atau Akitek Bertauliah daripada Kaunter Pertanyaan Jabatan Bangunan bagi menyediakan pelan-pelan ubahan/tambahan kepada rumah mereka.

Jika saya telah mengemukakan pelan ke Jabatan Bangunan MPS, bolehkah saya terus memulakan kerja-kerja pembinaan terhadap rumah saya ?
Pemilik rumah/bangunan yang telah mengemukakan pelan bangunan bagi ubahan/tambahan kepada pihak Majlis hanya dibenarkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan selepas pelan tersebut diluluskan
oleh pihak berkuasa Majis Perbandaran dan surat pemberitahuan menyatakan pelan-pelan tersebut telah diluluskan akan dikirimkan kepada pemilik rumah/bangunan berkenaan.

Berapa lamakah tempohmasa yang diambil oleh pihak berkuasa Majlis untuk meluluskan permohonan ubahan/tambahan ?
Tempohmasa yang diambil pihak berkuasa Majlis bagi meluluskan satu-satu permohonan ubahan/tambahan ialah 3 minggu ke 1 bulan. Kegagalan pihak Perunding yang dilantik dalam mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis bagi satu-satu permohonan ubahan/tambahan boleh mengakibatkan permohonan tersebut lambat diluluskan.

Berapakah bayaran pemprosesan pelan yang dikenakan bagi tambahan setingkat kepada rumah 2 tingkat dan tambahan dua tingkat kepada rumah 2 tingkat ?
Bayaran minima yang dikenakan oleh pihak berkuasa Majlis bagi yuran pemprosesan pelan bagi kategori tambahan/ubahan setingkat ialah RM 35.00 sahaja manakala bayaran minima bagi tambahan/ubahan 2 tingkat ialah RM 65.00.
.
Jika saya sebagai pemilik rumah/bangunan telah dikenakan notis merobohkan tambahan berserta dengan kompaun kerana telah mendirikan bangunan tanpa mendapatkan kebenaran dari pihak Majlis, apakah tindakan yang harus saya selanjutnya ?
Pemilik rumah/bangunan yang telah dikenakan tindakan notis meroboh hendaklah melantik seorang Pelukis Pelan Berdaftar atau Arkitek Bertauliah untuk menyediakan pelan-pelan ubahan/tambahan dan seterusnya dikemukakan ke Jabatan Bangunan MPS berserta dengan bayaran penalti sebanyak 10 kali ganda yuran pemprosesan pelan kerana telah memulakan pembinaan /mendirikan banguna tanpa mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak berkuasa Majlis . Bagi kompaun yang telah dikeluarkan pula, pemilik rumah/bangunan hendaklah menjelaskan bayaran tersebut di Jabatan Undang-Undang MPS dengan kadar yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban.



 




 
Jab. Pentadbiran
  Sewa Dewan MPS & Peralatan
  Sewa Gelanggang Badminton
  Permit Kain Rentang
Jab. Sukan, Rekreasi, Kebudayaan & Warisan
  Sewa Padang
Jab. Pengindahan & Senitaman
  Pasu Bunga
  Taman Malaysia
(Taman Rimba Rekreasi
)
  Permohonan Lanskap
Jab. Perancang Bandar
  Permohonan Kebenaran Merancang
Jab. Kejuruteraan
  Permohonan Pelan Lampu Jalan
  Permohonan Pelan Kerja Tanah, Jalan & Perparitan
Jab. Bangunan
  Permohonan Pelan Projek Perumahan
  Permohonan Pelan Bangunan Tambah & Ubahan
Jab. Penilaian & Hartanah
  Tukar Alamat Surat Menyurat
  Tukar Nama Pemilik Harta
  Tukar Nama Pemilik Pusaka
  Remisi ( Potongan Cukai)
Jab. Pelesenan & Pembersihan
  Lesen Premis Perniagaan
  Lesen Penjaja, Pasar, Gerai & Statik
  Lesen Billboard & Unipole
  Permit Sementara
Jab. Undang - Undang
  Urusan Rayuan & Pembayaran Kompaun
Jab. Kewangan
  Penerimaan Bayaran
 

Anda pelawat ke | Tarikh Kemaskini : 03.12.2007
Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer 6.0 keatas dan resolusi 1024 x 768
Penafian:"Pihak MPS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini" .
Hak Cipta Terpelihara @ Jabatan ICT, Majlis Perbandaran Seremban.