Lesen Premis Perniagaan
kenapa didenda walaupun
telah membuat permohonan?
Walaupun telah membuat permohonan
tetapi dikenakan denda kerana perniagaan
telah diwujudkan sebelum lesen diluluskan.
Adakah perlu permohonan
semula sekiranya berpindah premis
perniagaan?
Perlu, kerana lokasi perniagaan
dan alamat telah berubah.
Adakah perlu permohonan
semula/baru sekiranya perniagaan
berpindah milik?
Perlu, kerana nama pemilik perniagaan
telah berubah.
Adakah perlu memaklumkan
kepada majlis sekiranya perniagaan
telah ditamatkan?
Perlu, ia adalah untuk mengemaskini
data/ maklumat lesen.
Bilakah tarikh memperbaharui
semula lesen yang telah diluluskan?
Tarikh memperbaharui lesen semula
ialah setiap 1hb Nov. hingga 31
Dis pada setiap tahun.
|