MENU

Dataran Seremban

Kolam ikan, gelaran bagi kawasan tanah lapang di kawasan bandar Seremban yang sekian lama sinonim dan menjadi rungutan penduduk bandar Seremban, kini bertukar wajah. Tiada lagi pemandangan usang, terbiar dan didakwa menjadi tempat pembiakan nyamuk di tengah - tengah Pusat Bandar Seremban.

Kini, Dataran Seremban yang menghiasi pintu masuk utama ke bandar Seremban mulai mengamit perhatian dan menjadi kawasan tumpuan pengunjung yang popular. Kawasan lapang yang selesa, pancuran air yang menenangkan, lampu hiasan yang indah, sesuai dijadikan persinggahan bagi melepaskan lelah selepas penat berjalan melawat Seremban. Di kawasan Dataran Seremban juga terdirinya tiang bendera Malaysia yang tertinggi di Negeri Sembilan iaitu mencecah hampir 100 kaki.

Harapan Majlis Perbandaran Seremban, semoga Dataran Seremban yang mula beroperasi pada Mei 2008 dihargai dan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh orang ramai. Ianya diharap akan terus dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, bukan hanya setakat hari ini sebaliknya Dataran Seremban akan terus menjadi warisan berharga buat generasi masa hadapan.

Last Updated: Tuesday, 12 November 2019 - 12:32pm