Pengenalan

  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah penjenamaan semula pelaksanaan Amalan 5S untuk memenuhi keperluan sektor awam.
     
  • Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.
     
  • EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan,menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
     
  • EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9001, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan persekitaran kerja.
     
  • EKSA yang cekap,berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.